20 August 2014

Jangan lepas tangan jika pemajuan babit bangunan warisan, tegas Chow Kon Yeow

ANTARA bahagian jubin lantai bangunan dilerai yang tersimpan di stor berdekatan Jalan Sultan Ahmad Shah baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI & ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Jangan lepas tangan sekiranya mahu memajukan tanah yang mempunyai bangunan warisan di negeri ini, tegas Exco Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Pengurusan Lalulintas Chow Kon Yeow.

Kon Yeow berkata, beliau agak tidak berpuas hati dengan kerja-kerja pemindahan bahagian bangunan warisan dari tanah lot 22, 23 dan 24 dekat Jalan Mecalister ke belakang satu sebuah bangunan lain dekat Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.

“Pihak pemaju yang berhasrat memajukan kawasan bangunan warisan jangan bersikap lepas tangan dan meninggalkan bangunan tersebut dalam keadaan reput dan usang," ujar Kon Yeow di Soonstead Mansion, selepas melawat sendiri stor simpanan bahagian bangunan warisan tersebut di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung berhubung kes seumpama ini, sekaligus mampu meninggalkan kesan negatif terhadap Kerajaan Negeri.

Bercakap pada sidang media sama, Pengerusi Pertubuhan Arkitek Malaysia, Ar. Lim Hua Kwang berkata, proses ‘lerai dan pasang semula’ kesemua bongkah bangunan warisan tersebut sepatutnya dijalankan secara penuh teliti.

“Pengasingan dan peleraian dilakukan secara teliti dengan melabelkan setiap bahagian yang dibuka bagi menjamin keasliannya bila pemasangan dilakukan semula.

“Pelan asal juga diteliti demi memastikan pengasingan seperti ini tidak bercelaru, cuma kerangka kayu dibahagian bumbung tidak dapat diselamatkan berikutan keadaanya yang sudah daif akibat dimakan oleh anai-anai,” ujar Hua Kwang baru-baru ini.

Isu kontroversi ini mula menjadi perhatian banyak pihak apabila satu laporan Bahagian Perhubungan Awam MPPP yang dipetik menyebut, bahagian kerangka bumbung bangunan warisan berkenaan mungkin terpaksa dibina semula kelak demi menjamin keutuhan struktur bersejarah  itu.

Justeru, MPPP dalam satu kenyataannya memaklumkan pemaju Eco Macalister Development Sdn. Bhd. dan jurutera BYG Architecture Sdn. Bhd. yang terlibat dalam kerja-kerja pemindahan bahagian bangunan warisan dari Jalan Macalister telahpun dipanggil untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung hal tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus