15 August 2014

"Isu dua Adun PAS lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki" - Ahmad Awang

BAGI yang ingat, Ustaz Ahmad Awang merupakan antara pemimpin yang berani menentang idea bekerjasama dengan Umno.


AHMAD Awang, bekas MSU PAS

“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat. 

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO.

Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, 'Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?'

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada.

Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan,” tegas Ustaz Ahmad Awang semasa diamanahkan sebagai Naib Presiden 3 pada Muktamar PAS Kali Ke-55 2009 di Shah Alam. 

Selepas itu, semua kita tahu game CheguPa menimbulkan kebimbangan akar umbi parti kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am PAS. 

Last-last yang gugur adalah Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, kerana dua tokoh ini secara terbuka bangkang idea Kerajaan Perpaduan dengan Umno.

Selanjutnya, banyak ulasan blogger Tulang Besi, Mangapa Ahmad Awang dan Ghani Shamsuddin yang terkeluar dari Syura?

Selepas itu, nama pemberani Ahmad Awang ini seakan ditenggelamkan daripada radar politik PAS oleh puak UG, yang kini dikenali sebagai Geng Bas Sekolah.

Ditengah-tengah Krisis MB Selangor yang kian meledak, Ahmad Awang kembali mencuri perhatian. 

Baca dan nilai wibawa tokoh ulamak PAS ini, seperti di bawah:

_________________________

"Isu Dua Adun PAS lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki" - Ahmad Awang

Bekas ahli majlis syura PAS yang juga bekas anggota jawatankuasa dispilin parti tersebut Ahmad Awang berkata, tindakan dua Adun PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor semalam bukan kesalahan besar dan tidak akan menyebabkan mereka dipecat.

Dalam kes dua Adun itu Ahmad berkata, calon yang mereka sokong adalah ahli Pakatan Rakyat (PR), cuma parti yang masih belum membuat keputusan rasmi sama ada mahu menyokong atau tidak.

“Ia lebih kecil berbanding kesilapan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan PAS bergabung dengan semua pihak termasuk Umno dalam kerajaan konsensus nasional di Selangor, yang juga belum dibuat keputusan oleh parti,” katanya di sini

Sebelum ini, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman memberikan tempoh 24 jam suruh dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) minta maaf dan menarik balik sokongan terbuka mereka , sekiranya enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin. -TMI

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus