08 August 2014

Guan Eng: Mengapa pesta telanjang di Terengganu, Johor dan Perak sebelum ini tidak dipolitikkan seperti di P.Pinang kini?



KETUA Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng memotong memotong reben pada majlis perasmian pembukaan Tadika D'Komtar, sambil disertai oleh pemimpin Kerajaan Negeri di sini, tengah hari tadi.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, pesta telanjang yang pernah berlaku lebih awal di Perak, Johor dan Terengganu sebelum ini sepatutnya turut dipertikai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman sebagaimana di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kenyataan itu sekaligus menyanggah tuduhan Zainal Abidin kononnya Guan Eng cuba mengambil pendekatan 'lepas tangan' berhubung insiden pesta telanjang di Hutan Simpan Kerajaan Persekutuan Teluk Bahang dekat Teluk Kampi, yang turut disertai oleh inividu mirip bekas Ketua Wanita GERAKAN Kedah.

"(Pesta telanjang) yang berlaku di Terengganu pada tahun 2010, yang berlaku di Mersing (Johor) pada tahun 2009, yang berlaku di Perak pada tahun ini (2014).

"Mengapa apabila insiden ini (pesta telanjang) berlaku di Pulau Pinang sahaja, masuk muka depan (akhbar) dan dipertikai dia (Zainal Abidin), (tetapi) tak masuk muka depan akhbar apabila berlaku di Terengganu, Johor dan Perak sebelum ini.

"Nampaknya Zainal Abidin ada double standard. Kalau Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) dipersalahkan kerana ia (pesta telanjang) berlaku di negeri ini, adakah beliau akan mempersalahkan Kerajaan Negeri Terengganu, Perak dan Johor," soal Guan Eng kepada wartawan, selepas menyempurnakan majlis perasmian pembukaan Tadika D'Komtar di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) antara pemimpin negeri yang hadir.

Akhbar Utusan Malaysia 7 Ogos melaporkan, Zainal Abidin mendakwa Guan Eng seakan 'lepas tangan' dalam insiden tersebut, walhal pada masa yang sama Kerajaan Pulau Pinangt mengambil kredit berhubung rekod peningkatan kemasukan pelancong ke negeri ini.

Kenyataan Ketua Menteri itu jelas cuba menolak tanggungjawab terhadap kes berkenaan kepada Jabatan Perhutanan dan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Apabila jumlah kemasukan pelancong mencatatkan peningkatan, kerajaan negeri tanpa segan silu mengambil kredit di atas kejayaan berkenaan namun apabila ada pelancong yang melakukan perkara menjijikkan, kerajaan negeri dengan tangkas mengambil sikap lepas tangan pula," dalih Zainal Abidin dipetik dari portal berita Utusan Online.

Terdahulu, Guan Eng bertegas bahawa mustahil Kerajaan Negeri membenarkan pesta telanjang diadakan di negeri ini, sebagaimana digambarkan oleh cybertroopers Umno.

"Kasino pun kita (Kerajaan Negeri) tidak benarkan (dibuka) di Pulau Pinang, takkan lah aktiviti seumpama ini (pesta bogel) dibenarkan pula," respons Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ura-ura sebuah lagi kasino judi akan dibina di Johor yang dikuasai oleh Kerajaan Umno BN mungkin punca Zainal Abidin tercuit oleh kenyataan Guan Eng sebelum ini.





No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus