04 August 2014

Bawa bukti jika 'ciplak proposal' ada di P.Pinang, Guan Eng respons Musa

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN -Dakwaan Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir kononnya perbuatan 'ciplak proposal' miliknya di beberapa kementerian turut berlaku dalam Kerajaan Negeri dipertikai oleh Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng sendiri.

Guan Eng menegaskan, tidak mungkin berlaku perbuatan itu berlaku dalam pentadbirannya,  memandangkan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 lagi mengamalkan tender terbuka.

Justeru, Guan Eng menggesa Musa menggemukkan bukti untuk membantu siasatan berwajib, demi menyokong dakwaannya itu.

"Macam mana boleh curi idea orang lain dan menipu?

"Ini tak mungkin berlaku (di Pulau Pinang) kerana kami Kerajaan Negeri ada sistem terbuka. Itulah perbezaannya...," respons Guan Eng hari ini, sambil minta Kerajaan Umno BN Pusat mengamalkan tender terbuka seperti di Pulau Pinang.

Terdahulu, Musa mendakwa perbuatan 'menciplak proposal' miliknya berleluasa di beberapa kementerian, serta dalam Kerajaan Pulau Pinang.

Menurut Musa, perbuatan 'menciplak proposal' telahpun mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit dana Kerajaan Negeri tiap-tiap tahun.

Guan Eng dalam satu kenyataan berasingan menegaskan bahawa amalan tender terbuka dalam semua projek Kerajaan Pusat, demi mencegah perbuatan 'menciplak proposal' seperti dibangkitkan Musa.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus