10 August 2014

6 Adun PAS Selangor tunggu masa umum bangkang Pro Khalid?


GAMBAR mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

KESEMUA 15 Adun DAP Selangor hari ini sebulat suara menyokong cadangan PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ada kawan bertanya, apa langkahan seterusnya Adun PAS Selangor kini?

Masih Pro Khalid atau Pro Pakatan Rakyat?

Cakap-cakap politik di Selangor petang tadi memberitahu ada enam Adun PAS Selangor menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan sokongan padu pada muafakat bersama PR menamakan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Enam Adun atau mungkin lebih akan umum tak sokong pro Khalid (demi) jaga imej Islam serta PAS tak khianat tahalluf siyasi (bersama) PR," whatsapp seorang pimpinan muda PAS Selangor, tadi.

Satu lagi sumber memberitahu,Datuk Noh Omar memanggil jentera Umno dalam mesyuarat penting di kediamannya, dipercayai persiapan PRN Selangor.

Adakah nekad Khalid untuk mendapat nasihat Sultan Selangor membawa isyarat langkahan pada PRN?

Kalau tanya saya, saya akan sebut Geng Bas Sekolah pun tak setuju Khalid bubar DUN Selangor.

Ini kerana , asal tujuan mereka nekad mahu mengekalkan Kekal sebagai Menteri Besar antaranya sebab nak pertahan 'ghanimah' masing-masing, seperti kedudukan Din Ayam di GLC Perangsang.

MSU berdalih kononnya tiada hujah syarak untuk menggantikan Khalid pun atas sebab nak jaga 'ghanimah' beberapa Geng Bas Sekolah berkenaan.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus