AYU Hanis Idris (kiri) dan Awa Maisarra Mad Said (kanan) menzahirkan penghargaan selepas menerima RM1,000 sumbangan Bantuan Masuk IPTA di sini baru-baru ini. |
WARIS serta semua penerima cek bantuan daftar masuk IPTA bergambar kenang-kenangan bersama Ketua Menteri dan pemimpin Kerajaan Negeri pada majlis di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
JAWI - 549 anak Pulau Pinang
terpilih menerima cek bantuan pendaftaran pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sesi
pertama tahun 2014 peringkat negeri berjumlah RM1,000 seorang atau
keseluruhannya RM549,000.
Ketua Menteri, YAB
Tuan Lim Guan Eng berkata, program modal insan ini boleh dilaksanakan sejak
tiga tahun lepas kerana Kerajaan Negeri tiap-tiap tahun ada surplas, sungguhpun
belanjawan defesit diamalkan di Pulau Pinang saban tahun.
"Kita tidak
ada sumber diri balak, minyak dan gas, maka, Kerajaan Negeri melaksanakan
program ini untuk menghargai sumber modal insan.
"Ini adalah
'dividen anti rasuah' kerana kita amal tender terbuka, tak rasuah serta ada
lebihan kewangan tiap-tiap tahun...tak benar kewangan kita defisit walaupun
kita mengamalkan belanjawan defisit," ujar Guan Eng pada Majlis Sumbangan
Bantuan Masuk IPTA Peringkat Seberang Perai, di Dewan Serbaguna Jawi di sini,
baru-baru ini.
Exco Kebajikan
& Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco
Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Maktar Shapee (Timbalan Speaker DUN
Pulau Pinang merangkap ADUN Sungai Bakap), Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan
Negeri Jawi) turut hadir pada majlis tersebut.
Hadir sama, Ahli
Parlimen Batu Kawan P. Kasthuriraani dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen
Bukit Mertajam).
Dari 549 permohonan
yang diluluskan, Guan Eng berkata, 146 permohonan dari Daerah Seberang Perai
Utara, Seberang Perai Tengah (209 permohonan) dan Seberang Perai Selatan (80
permohonan).
Tambah beliau,
Kerajaan Negeri pada tahun ini turut membuka peluang kepada pelajar diploma
serta ijazah sarjana muda dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), iaitu
Wawasan Open University (WOU), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan AIMST
untuk memohon i-BiTA secara online mulai 12 Ogos hingga 25 Ogos depan.
Difahamkan, majlis
sumbangan serupa turut diadakan peringkat pulau di Tapak Pesta Sungai Nibong,
Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pantai Jerejak.
Sementara itu, Awa
Maisarra Mad Said, 18, semasa ditemui kemudian di sini melahirkan penghargaan
kerana permohonannya diluluskan Kerajaan Negeri.
"Sangat
gembira apabila dapat tahu Kerajaan Negeri nak beri bantuan ini...dengan
RM1,000 boleh untuk biaya daftar masuk universiti nanti," ujar beliau,
yang ditawar melanjutkan pelajaran di Universiti Teknomogi Mara (UiTM) Kampus
Pulau Pinang dekat Permatang Pauh.
Nada yang sama
turut diluahkan oleh Ayu Hanis Idris, 19, yang ditawar melanjurkan pelajaran ke
UiTM Kampus Kedah dekat Merbok.
"Bersyukur
kepada Allah, bantuan ini sedikit banyaknya mengurangkan beban keluarga semasa
hari pendaftaran masuk (universiti) kelak," ujar penerima berkenaan di
sini.
Rosdan Mat Ali, 45,
ayah kepada Nur Syafiqah Rosdan, 18, turut melahirkan penghargaan kepada
Kerajaan Negeri.
"Bantuan
seperti ini amat meringankan beban anak saya masuk UiTM Seri Iskandar nanti, yang memang
memerlukan dana yang banyak," ujar Rosdan, pekerja Kilang Robert Bosch
dalam satu majlis perasingan, di Tapak Pesta Sungai Nibong.
No comments:
Post a Comment