21 July 2014

Insentif guru agama bukti KN martabat Islam - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Kerajaan Negeri baru memberi sumbangan insentif RM300 kepada Guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan guru agama, manakala, RM200 kepada guru pondok dan guru tahfiz di negeri ini sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng dalam ucapannya memberitahu, Kerajaan Negeri akan terus bertindak dalam memartabatkan Islam di negeri ini, walaupun seringkali diberi gambaran serong oleh Pembangkang Pulau Pinang.

"Kita (Kerajaan Negeri) senantiasa menghormati agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

"Dan, saya percaya apa-apa khabar angin yang mereka (Pembangkang Pulau Pinang) sebarkan mengenai Kerajaan Negeri dan saya, saya rasa saya nak jawab dengan tindakan sebagaimana kita buat di Masjid Seberang Jaya ini," ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Penerangan, Warisan, Kesenian dan Hal Ehwal Bukan Islam di sini baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh turut berucap, serta menyempurnakan majlis penyerahan insentif kepada semua penerima berwajib.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Dr. Afif Bahardin (Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), dan Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubok) turut hadir pada majlis itu.

Hadir sama, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar, Jusni Ismail (Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah) dan Sr. Rozali Mohamod (Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

Menurut Guan Eng, pentadbirannya turut akan terus berusaha mendalamkan persefahaman antara agama di negeri ini, walaupun terpaksa berdepan dengan politik perkauman melampau oleh pihak tentu.

Atas maksud itu, katanya lagi, Kerajaan Negeri pada 17 Julai lepas buat pertama kali menganjurkan majlis bersahur melibatkan kakitangan kerajaan, tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam.

"(Majlis Sahur) itu adalah perkembangan yang baik untuk mendalamkan persefahaman antara agama. Kita akan meneruskan usaha ini supaya (rakyat) Pulau Pinang terus bersatu padu.

"Kita mahu meneruskan hubungan silaturrahim sesama semua bangsa di Pulau Pinang," jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada Rosli kerana menaja majlis berbuka puasa, yang diadakan serentak dengan majlis penyampaian insentif tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus