17 July 2014

Syarat Guan Eng punca Ketua Pemuda Umno P.Pinang naik hantu dengan Pusat?

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BATU KAWAN - Syarat yang digariskan Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng berhubung isu Pengecualian Pusat bina 61 rumah Kg. Manggis mendapat reaksi Ketua Pemuda Umno Negeri Rafizal Rahim.

Sambil mendakwa Guan Eng cuba mempromosi diri sendiri, Rafizal meminta Pusat supaya tidak melayan syarat-syarat Guan Eng yang disetujui bersama sebelum ini.

“Bagi saya, Kerajaan Pusat tidak perlu melayan syarat yang tidak masuk akal ini. Syarat ini langsung tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat melainkan kebaikan kepada Guan Eng itu sendiri," respons Rafizal dipetik daripada sesawang Umno-Online, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng mengumumkan kelulusan bersyarat berhubung permohonan Pusat melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk mendapatkan pengecualian permohonan kebenaran merancang daripada Kerajaan Negeri.

Langkah pengecualian tersebut, menurut Guan Eng supaya kesemua 61 penerima terpilih yang merupakan mangsa banjir dapat berpindah ke RMR sesegera mungkin. 

Pusat bersetuju dengan syarat Kerajaan Negeri, iaitu  Guan Eng turut dijemput bersama-sama pada majlis perasmian seperti majlis pecah tanah dan majlis penyerahan kunci projek tersebut dikatakan punca Rafizal berang.

(DARI KIRI) Shafie Mohd. Jusoh (Setiausaha Bahagian Tanah & Wilayah KKLW), Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani (Timbalan Ketua Setiausaha KKLW), Lim Guan Eng, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan P.Pinang), Datuk Dr. Sr. Kamarul Rashdan Salleh (Pengurus Besar Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB) , Wong Hon Wai (Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri P.Pinang dan Wan Mastura Azlina Mohammad (Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mesra Sdn. Bhd.) pada sidang media di Komtar George Town, 8 Julai lepas.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus