15 July 2014

Kenapa wujud isu kuota rumah di Malaysia?

SELAMA ini, pentadbiran Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng digambarkan gagal membina rumah mampu milik rakyat, sungguhpun Perlembagaan jelas menyebut itu di bawah Senarai Persekutuan yang wajib dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Di sebalik pengusiran Melayu di Kampung Chubadak baru-baru ini sekaligus menggamit pelbagai tanda tanya, antaranya apakah rumah mampu milik di Kuala Lumpur pun tidak cukup?

Apa Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) buat, Perdana Menteri sendiri sampai sekarang diam dan tidak menjelaskan fungsi projek mega itu sekurang-kurangnya untuk Melayu yang diusir dari Kampung Chubadak?

Sekian lama Kerajaan Pusat menyebut bahawa ada rumah mampu milik rakyat ini ada dan ada kuota untuk memilikinya.

Yang tak layak mendapat rumah mampu milik itu, ertinya tiada kuota untuk mereka yang memohon.

Semua Melayu yang diusir dari Kampung Chubadak baru-baru ini langsung tidak ditawar rumah mampu milik rakyat di lokasi yang sama pun mungkin disebabkan tiada kuota untuk mereka.

Kuota sudah menjadi dalih Kerajaan Pusat untuk menutup kelemahan mereka dalam menyediakan rumah mampu milik secara mencukupi untuk keperluan rakyat.

Di Brunei Darussalam dan Singapura, isu kuota tidak timbul lagi kerana Kerajaan di sana menyediakan rumah mampu milik yang cukup untuk disewa oleh rakyat dengan harga paling berpatutan.

Kerajaan Brunei Darussalam dan Singapura membina rumah saban tahun mengikut unjuran kadar pertambahan penduduk supaya rumah mampu milik cukup dan tiada lagi isu kuota sebagai dalih di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kini.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus