26 July 2014

Israel, Arab Saudi, Mesir setuju tubuh 'Kerajaan Perpaduan' di Gaza


Putera Bandar bin Sultan bagaikan 'Menantu' Perdana Menteri Israel yang giat membantu Zionis atas nama Islam demi melumpuhkan Hamas serta sayap ketenteraan Briged Al Qassam di wilayah bergolak Gaza.

PEMERINTAH Arab Saudi Raja Abdullah dan Abdel Fattah al-Sisi (Presiden Mesir) masing-masing terus mengadakan hubungan perisikan dengan rejim Zionis di bawah Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor sumber Middle East Eye.

Sumber dipetik bahawa portal berita pro Mossad Debka Net Weeky mendedahkan pesawat milik Israel dibenarkan terus berpangkalan di Lapangan Terbang Kaherah, bagi membawa pulang informasi perisikan paling sulit ke Tel Aviv.

Kira-kira 90 minit masa penerbangan sehala dari Kaherah ke Tel Aviv, untuk pengutusan informasi perisikan secara serahan tangan.

Sumber sama turut melaporkan, Abdullah dan Al-Sisi turut bertanggungjawab berkongsi nasihat dengan Netanyahu, bagaimana strategi operasi ketenteraan darat Zionis di Gaza boleh berjaya.

Putera Bandar bin Sultan adalah ketua agen perisikan upahan Abdullah, yang mempunyai 'hubungan langsung' dengan Ketua Mossad, Tamir Pardo.

Hubungan perisikan Al-Sisi melalui Ketua Shin Bet Yoram Cohen, di mana Ketua Direktorat Perisikan Mesir Ahmed Fareed al-Tohami turut diberi tanggungjawab membantu Penyelaras Politik Kementerian Pertahanan Israel, Amos Gilad, dan Yitzhak Molcho (Penasihat Tertinggi kepada Netanyahu).

Sumber turut melaporkan, tujuan operasi ketenteraan Tel Aviv kali ini antaranya, untuk melumpuhkan sayap ketenteraan HAMAS di wilayah bergolak Gaza, yang dikenali sebagai Briged Al-Qassam.

Tambah sumber, Abdullah dan Al-Sisi bersedia memenangkan Zionis dalam operasi ketenteraan kali ini kerana Tel Aviv bersetuju melonggarkan salah satu prinsipnya ke atas Gaza, iaitu bersedia menerima syor mewujudkan Kerajaan Palestin Bersatu selepas ini.

Bagaimanapun, menurut Debkaku Net Weeky, Netanyahu baru-baru ini meniupkan samboyan genjatan senjata di wilayah bergolak Gaza demi menggandakan sokongan dunia, kerana Tel Aviv pun tahu yang HAMAS akan menolak syor keamanan tersebut.

Operasi ketenteraan ini sekaligus membayangkan kerjasama erat Makkah-Kaherah dengan Tel Aviv, sebagaimana kerjasama musuh mereka, iaitu Iran dan Islam yang diketuai Hamas di Gaza kini. 

Berita asal: Middle East Eye 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus