DAP dan PKR langsung tidak campur tangan semasa PAS dilanda krisis kepemimpinan Menteri Besar di Kedah sebelum PRU13 dulu, walaupun Umno BN kini berjaya merampas balik negeri berkenaan.
Begitu juga semasa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Husam Musa diketepikan oleh grup Kerajaan Perpaduan (UG) pasca PRU13, kononnya atas dalih Istana Kelantan tidak mahu dua tonggak PAS tersebut.
Penasihat DAP Lim Kit Siang menjelang PRU13 dalam satu kenyataan turut menyokong Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaludin dari PAS sebagai Menteri Besar jika rakyat Perak sekali lagi memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, walaupun representasi DAP paling ramai dalam DUN nanti.
Di Johor, DAP dan PKR setuju Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dipilih sebagai Menteri Besar Johor, jika Umno BN tumbang di negeri tersebut.
Ini konsensus yang PAS, PKR dan DAP telahpun setujui secara bersama.
Sebab itu, PKR dan DAP langsung tidak campur tangan semasa krisis kepemimpinan dalaman PAS meledak dalam Kerajaan Kelantan dan Kedah, sebelum ini.
Konsensusnya cukup jelas di Selangor, iaitu Menteri Besar datang daripada PKR.
PKR telahpun syor Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, sungguhpun timbalan parti masa depan itu Mohd. Azmin turut disebut-sebut sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
Apabila Abdul Hadi secara peribadi dan bukan atas musyawarah rasmi PAS mempertahan Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar, ada beberapa perkara berbangkit di sini.
1. Mengapa Abdul Hadi tidak meraikan konsensus dalam konteks Selangor kini, jika DAP dan PKR masing-masing boleh menghormati konsensus bersama di Kelantan dan Kedah sebelum ini?
2. Mengapa Abdul Hadi mendahului PAS secara peribadi, walhal parti ada disiplin organisasi, dan dijadualkan bermesyuarat serta membuat pendirian rasmi pada 10 Ogos nanti?
Mari bertadabur firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur." [Surah Al-Hajj:38]
Ada komen?
No comments:
Post a Comment