KETUA Menteri (empat dari kiri) bergambar bersama-sama para pemenang Larian Pulau Pinang 2014-2015 di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGAN DALAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap semua
peserta Larian Pulau Pinang 2014-2015 turut menikmati keindahan Seberang Perai,
selain merebut kejuaraan pada pertandingan tersebut.
“Tahun lepas
(2013), Penang Run telah melalui
empat peringkat larian memusing Pulau Pinang.
“Untuk tahun ini
(2014), kita mengambil keputusan untuk menganjurkan ia di Seberang Perai demi
mempamerkan pelbagai keindahan yang ditawarkan di Seberang (Perai),” ujar Guan
Eng pada majlis perasmian dan penyampaian medal kepada pemenang di sini
baru-baru ini.
Exco Kerja Raya,
Pengangkutan dan Utitilti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan
Jermal, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan
Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) dan A. Tanasekharan (ADUN Bagan Dalam)
turut hadir pada majlis tersebut.
Hadir sama, Ahli
Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong dan Setiausaha bagi Majlis Perbandaran
Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud.
Difahamkan, peserta
Larian Pulau Pinang kali ini merentasi ketiga-tiga daerah, iaitu Seberang Perai
Utara, Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).
Melalui penganjuran
program tersebut, Guan Eng berharap Pulau Pinang menjadi negeri sukan yang
dikenali Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.
No comments:
Post a Comment