Saifuddin Nasution sendiri telahpun menafikan ura-ura menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR demi memberi laluan kepada Azmin Ali.
Berikut adalah ucapan palsu untuk sabotaj Saifuddin, seperti di bawah:
Kenyataan Media
22 Jun 2014
Penarikan Diri Dari Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR Dan Sokongan Penuh Terhadap YB Azmin Ali
Perkembangan terkini pemilihan PKR semakin menghampiri pengakhiran dan berdasarkan keputusan terkini jumlah undi, YB Azmin Ali terus mendahului dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden parti.
Atas faktor kesibukan dan atas atas sebab terbeban dalam mengikuti pengajian di Oxford, England, maka saya merasakan bahawa saya tidak mampu lagi untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam pertandingan ini.
Oleh sebab itu dengan ini saya ingin mengumumkan penarikan diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR dan menyeru semua ahli PKR yang akan mengundi dalam pemilihan semula di beberapa cabang lagi pada minggu depan supaya memberikan sokongan kepada YB Azmin Ali.
Dato' Saifuddin Nasution Ismail
No comments:
Post a Comment