07 June 2014

Rampas subsidi rakyat tidak akan menyelesai masalah penyeludupan komoditi di sempadan!

Rakyat perlu teka berapa kenaikan harga minyak dan gandum, kerana Putrajaya telah mengatakan bahawa dua komoditi asasi rakyat mudah diseludup di sempadan.

Sebelum ini, kenaikan harga diesel dan petroleum pun antara lain disebabkan bahan bakar negara mudah diseludup keluar ke sempadan..

Akhirnya, subsidi rakyat untuk semua komoditi itu dirampas oleh Putrajaya, atas dalih tidak mahu wang negara terus dinikmati oleh penyeludup asing di sempadan.

Implisitnya, semua kita terbeban oleh kenaikan kos sara hidup rakyat serta inflasi meningkat.

Kalau tak mahu penyeludupan komoditi rakyat di sempadan, sepatutnya ketatkan kawalan di sempadan.

Merampas subsidi komoditi rakyat tidak akan menyelesaikan masalah masalah penyeludupan di sempadan.

Padanlah semua komoditi ini mudah didapati di sempadan, kerana mudahnya penyeludup masuk dan keluar bersama-sama komoditi rakyat.

Dari segi lain, tujuan Utusan menggambarkan komoditi negara mudah didapati disempadan supaya rakyat menerima syor pemimpin Umno di Putrajaya menaikkan harga komoditi secara senyap-senyap sebagai suatu rasional.

Sebenarnya, rakyat tidak sedar bahawa subsidi mereka di rampas Umno, dan isu penyeludupan di sempadan hanya plet bodoh untuk memperbodoh kita sahaja.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
R&R Seremban | 9.01 pagi

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus