19 June 2014

Majikan DAP punca Putrajaya batal kelulusan pinjaman Tabung Perumahan Bumiputera P.Pinang Siti Nur Shazreen

SITI Nur Shazreen Mohd. Jilani (kiri) bersama-sama Chong Eng (kanan) menunjukkan surat kelulusan pinjaman perumahan yang dikeluarkan oleh ICU JPM pada sidang media di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Siti Nur Shazreen Mohd. Jilani berkata, kelulusan permohonan pinjaman Tabung Perumahan Bumipetera Pulau Pinang yang diterimanya baru-baru ini dibatalkan pula, gara-gara beliau dikenal pasti bekerja dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, Chong Eng.

Menurut beliau, layanan tidak wajar itu diterima hanya melalui panggilan telefon daripada pihak Bank Persatuan.

“Tak lulus sebab pertama, YB Chong Eng itu ADUN DAP. Kedua, rumah yang saya mohon itu (Projek Rumah Kos Rendah Sanctuary Court) di bawah Kerajaan Negeri.

“Kalau macam itu, tak perlulah ICU JPM (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) meletakkan pinjaman ini sebagai Tabung Pinjaman Bumiputera Pulau Pinang,” kata Siti Nur Shazreen di sini baru-baru ini, sambil melahirkan rasa kesal terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Siti Nur Shazreen berkata, beliau turut diberitahu bahawa penarikan balik kelulusan pinjaman tersebut turut atas dalih bahawa rumah kos rendah yang dimohon tersebut adalah bukan di bawah bidang kuasa ICU JPM.

“Katanya, rumah yang saya mohon bukan tertaklum pada MoU (perjanjian persefahaman) mereka. MoU mereka hanya melibatkan rumah (yang dimajukan) JKP (Jawatankuasa Penyertaan Bumiputa Pulau Pinang), PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) dan UDA (Lembaga Kemajuan Bandar) sahaja,” jelas beliau lagi.

Bercakap pada sidang media sama, Chong Eng memberitahu, hak Siti Nur Shazreen sepatutnya tidak dinafikan oleh Kerajaan Pusat memandangkan wanita tersebut adalah berbangsa Melayu serta berstatus Bumiputera.

“Walaupun beliau (Siti Nur Shazreen) bekerja dengan ADUN DAP sekalipun, beliau tetap Bumiputera,” tegas Chong Eng yang juga Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tambah beliau, isu penafian hak wanita Bumiputera berkenaan akan cuba dirujuk kepada Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid pada sidang dewan akan datang, memandangkan Jahara merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Sasar Perumahan dan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang.

Terdahulu, Kerajaan Pusat melancarkan RM14.5 juta Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang, yang disempurnakan oleh Jahara sendiri.

Memetik laporan Utusan Online pada 17 April lepas, Jahara yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang memberitahu, pinjaman sehingga RM200,000 ditawarkan kepada Bumiputera yang pendapatan isi rumah RM5,000.

Siti Nur Shazreen dalam surat bertarikh 28 April lepas kepada ICU JPM ada menyatakan permohonan pinjaman perumahan berwajib.

Permohonan itu dibuat selepas Siti Nur Shazreen mendapat Surat Tawaran daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 11 Mac lepas, berhubung seunit rumah kos rendah Sanctuary Court berharga RM42,000.

IJM Land Sdn. Bhd. selaku pemaju perumahan tersebut dalam satu surat berasingan bertarikh 24 Mac lepas turut memberitahu bahawa, permohonan rumah kos rendah Siti Nur Shazreen diluluskan.

ICU JPM dalam balasan suratnya bertarikh 7 Mei lepas menyatakan bahawa permohonan pinjaman Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang yang dibuat oleh Siti Nur Shazreen telahpun diluluskan, sebelum wanita Melayu berkenaan menerima panggilan penarikan balik kelulusan tersebut atas dalih penama bekerja dengan ADUN DAP.

INILAH surat kelulusan pinjaman Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang yang diterima oleh Siri Nur Shazreen Mohd. Jilani, sebelum menerima panggilan penarikan balik kelulusan tersebut baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus