04 June 2014

Dua exco perjelas punca ‘ponteng’ sesi penggulungan

ABDUL Malik Abul Kassim (kanan) bersama Dr. Afiif Bahardin ketika mengulas isu 'ponteng DUN' pada satu sidang media baru-baru ini. | Foto: arkib Buletin Mutiara.

GEORGE TOWN – Dua Exco Kerajaan Negeri tampir memberi penjelasan ekoran digambarkan ‘ponteng’ sesi penggulungan kerana ke luar negara.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan) berpendapat, mereka sempat menghadiri sesi penggulungan sebagaimana dijadualkan, sekiranya penyokong pembangkang tidak menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 21 Mei lepas.

Bagaimanapun, dua exco berkenaan berkata, mereka bersetuju dengan langkah membahaskan dua usul tergempar mengutuk insiden tersebut, walaupun terpaksa melewatkankan sesi penggulungan dari jadual asal persidangan DUN.

“Kalau diikutkan jadual asal, exco-exco yang perlu ke luar negara pada petang 22 Mei lalu sempat untuk mengulung perbahasan masing-masing.

"Namun, peristiwa hitam ini telah berlaku dan memakan masa yang lebih untuk sidang DUN kali ini,” ujar Abdul Malik kepada wartawan baru-baru ini.

Abdul Malik memberitahu, beliau tidak menghadiri sesi penggulungan kerana dijadualkan menyertai Ekspo Halal Antarabangsa Pakistan Ke-3, serta sempat memeterai dua perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat asing.

Dr. Afif memberitahu, beliau turut menyertai lawatan rasmi tersebut.

Abdul Malik dan Dr. Afif masing-masing turut menyambut baik nasihat Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, serta teguran Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Teks ucapan pengguluang Abdul Malik dibacakan oleh Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Manakala, teks ucapan Dr. Afif dibacakan oleh Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut tidak sempat menyempurnakan ucapan penggulungannya sebagaimana dijadualkan, kerana mempunyai lawatan rasmi ke luar negara.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus