19 June 2014

Chong Eng puji aktiviti beladiri belia Desa Wawasan

Chong Eng (berdiri, tiga dari kiri), Hafez Abdul Aziz (empat dari kiri) A.P. Wijaya (berdiri, dua dari kiri) merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama pemimpin setempat lain serta pelatih PSSLM di Taman Desa Wawasan, baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng memuji inisiatif Persatuan Penduduk Desa Wawasan yang dianggap giat mengaktifkan kegiatan belia setempat melalui Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM).

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan pelbagai kelengkapan beladiri kepada persatuan penduduk berkenaan di sini baru-baru ini.

“Kos semua kelengkapan bela diri ini (berjumlah) RM2,000 sahaja, selepas pejabat saya menerima permohonan daripada persatuan penduduk.

“Saya rasa apa yang dilakukan di sini adalah sangat baik untuk latihan beladiri, selain, mengaktifkan lagi belia di sini,” ujar Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang, sambil merakamkan penghargaan kepada Briged Wanita setempat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Wawasan, A.P. Wijaya yang ditemui kemudian turut merakamkan penghargaan atas sumbangan Chong Eng itu.

Chong Eng (tengah) bergambar dengan dua pelatih PSSLM yang pernah mewakili negara dalam acara tempur di Seoul, Korea pada 5 September 2013, iaitu Atika Elias (kanan) dan Nurfirzahah Mohd. Idrus (kiri) pada satu majlis di sini baru-baru ini.

Nada sama turut diluahkan oleh Jurulatih PSSLM Gelanggang Desa Wawasan, Hafiz Abdul Aziz.

Tambah beliau, dua pelatih dari gelanggang tersebut, Atika Elias, 17, dan Nurfirzahah Mohd. Idris, 17, pada 5 September tahun lepas selama 13 hari menyertai satu kejohanan beladiri peringkat antarabangsa di Seoul, Korea.

“Ini antara sumbangan anak Melayu kita dari gelanggang ini mewakili Malaysia dan Pulau Pinang.

“Saya pun harap sumbangan ini memberi semangat kepada lebih 30 pelatih antara umur tujuh tahun hingga 17 tahun di gelanggang yang berusia lapan tahun ini,” ujar beliau lagi, sambil merakamkan penghargaan kepada Chong Eng atas sumbangan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus