13 June 2014

32 rebut piala ‘Mini World Cup 2014’ Dr. Afif Ahad ini

AFIF Bahardin (empat dari kiri), Chow Heng Wah (tiga dari kiri) bersama-sama anggota penganjur lain 'Mini World Cup 2014' Seberang Jaya pada satu sidang media di sini, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Sempena musim Piala Dunia 2014, 32 pasukan futsal turut akan merebut Piala Dr. Afif Bahardin menggunakan format kejohanan berpestij tersebut pada Ahad, 15 Jun ini di Sunway Sports Centre di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin memberitahu, kejohanan buat julung kalinya diadakan di sini adalah anjuran bersama pejabatnya dengan Pasar raya Sunway Carnival dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Jalan Tenggiri.

“Keunikan dalam kejohanan kali ini, tiap-tiap pasukan akan menggunakan (nama) 32 negara yang menyertai Piala Dunia 2014, dan dibekalkan dengan jersi negara-negara tersebut.

“Ini adalah ‘Mini World Cup 2014’ dalam KADUN (Kawasan Dewan Undangan Negeri) Seberang Jaya untuk tarik minat anak muda, (selain) mempromosi gaya hidup yang sihat,” ujar Dr. Afif yang juga Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan semalam, sambil menjemput seluruh anak muda dan warga Pulau Pinang untuk meraikan kejohanan tersebut.

Pengurus Besar Pasar raya Sunway Carnival, Chow Heng Wah dan Mohd. Khadari Salleh (Pengrusi JKKK Jalan Tenggiri) turut menyertai sidang media tersebut.

Dr. Afif memberitahu, perlawanan persahabat antara pasukan pilihannya dan pasukan Pasar raya Sunway Carnival dijadualkan bermula seawal jam 8.00 pagi sebagai pembukaan kejohanan tersebut, dan perlawanan akhir dijangka bermula pada jam 5.00 petang.

Heng Wah pula dalam kenyataannya berharap lebih banyak lagi program berorientasikan komuniti setempat dapat diadakan pada masa depan, seumpama ‘Mini World Cup 2014’ tersebut.

Juara kejohanan tersebut akan menerima tunai RM2,000, piala iringan serta medal, manakala, tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima tunai RM1,500 dan RM500 beserta medal.

Info lanjut, hubungi Iskandar di talian 017-4497024 atau Ah Keat di talian 0164216291.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus