03 June 2014

20% ROYALTi: TiMBANG vs TEGAS


TUNTUTAN Kelantan ini bukan dalam pertimbangan Putrajaya, tak kiralah sama ada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong atau tidak.

Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau nak dengar pun hanya kerjasama PAS-Umno untuk melaksanakan Shariah Kelantan.

Perdana Menteri mahu PAS sendirian, tetapi Tuan Guru Nik Aziz serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) minta tangguh.

Pelancaran TEGAS pun untuk mengheret semula kedua-dua Tuan Guru yang kita kasihi supaya pergi kepada perangkap samar Umno atas nama Hudud.

Dari Pahang, waris nabi diterbangkan ke Perlis untuk TEGAS ini.

Sayang sungguh Umno kepada UG sungguhpun berkali-kali dua Tuan Guru yang dikasihi menegaskan 'tangguh' serta tidak mahu PAS ditipu lagi.

Di Sarawak, Najib mengumumkan untuk mempertimbang tuntutan 20 peratus royalti minyak kerana tidak lama lagi akan berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Jika Najib tidak mengambil langkah sebegitu, Datuk Husam Musa akan pergi mengumumkan sekali lagi sampai meledak perhatian rakyat Sarawak, sebagaimana percubaan Ahli Sufi Haraki itu sebelum ini dengan pergi bertemu Taib Mahmud.

Kalau TEGAS pun, Najib boleh buat pekak badak dengan tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Najib timbang 20 peratus royalti minyak Sarawak sebab tidak mahu rugi.

Kalau Najib TEGAS di Sarawak seperti di Kelantan, itu rugi.

TEGAS di Kelantan untuk siapa? TEGAS di seluruh negara pasca 'tangguh' menguntungkan siapa?

Tegas dengan ahli parti dan rakyat, bolehkah mengubah pertimbangan Putrajaya dan Najib?

TEGAS di Kelantan tidak lebih untuk menguntungkan Umno.

Kalau TEGAS merugikan Umno, tentu Najib akan mempertimbang tuntutan Kelantan seperti Sarawak sekarang.

Bercakap mengenai tuntutan 20 peratus royalti minyak, Najib nampak lebih banyak pertimbangan berdinding sikap TEGAS.

Khalifah Ali bin Abu Tolib K.W pernah menasihat, "itu kalimah yang benar untuk tujuan batil."

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
George Town | 7.22 petang

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus