NG Wei Aik (tujuh dari kiri) dan Teh Lai Heng (lapan dari kiri) bersama-sama wakil penaja pada sidang media di sini, tengah hari tadi. | Foto: Buletin Mutiara |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Seramai 1,527 orang, termasuk 36 peserta antarabangsa akan berlari sejauh 2 kilometer dan mendaki 1,197 anak tangga demi merebut kejuaraan dalam Larian Menara Komtar Pulau Pinang 2014 pada 8 Jun ini.
Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata, wang tunai untuk kesemua tujuh kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak RM15,000, tidak termasuk cabutan bertuah berupa tiga basikal, hamper, penginapan hotel, vaucer dan banyak lagi sebagai menghargai semua peserta.
Tujuh kategori tersebut, iaitu antarabangsa lelaki, terbuka lelaki, terbuka perempuan, veteran lelaki, veteran perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
“Untuk kategori antarabangsa, penyertaan daripada 13 negara seperti Kenya, Filipina, Amerika Syarikat, Canada, India, Bangladesh, Azerbaijan, Indonesia, Singapura dan Thailand.
“Peserta paling tua yang menyertai pertandingan kali ini berusia 80 tahun, manakala, peserta tempatan paling ramai tentulah dari negeri Pulau Pinang, iaitu 1,291 orang.
“Ini, menunjukkan kominiti yang lebih besar memberi komitmen untuk menyertai saingan sukan ektrem kali ini,” ujar Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini, tengah hari tadi.
Menurut Wei Aik, Guan Eng sendiri dijemput menyertai acara tahunan kali ke-6 itu, manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dijadualkan menyempurnakan upacara pelepasan larian hari tersebut seawal jam 7.15 pagi.
Pengurus Program La Vintage Event Sdn. Bhd., Shawn Ng selaku pengurus Larian Menara Komtar Pulau Pinang 2014 memberitahu wartawan bahawa pihaknya masih mengalu-alukan penajaan dan pendaftaran peserta.
Setakat ini, katanya lagi, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Tourism Malaysia, Star Cruises, Ivory Properties Group Berhad, Mc Donald’s, Permanis Sandilands Sdn. Bhd., Shop Spot Advertising, TG Ocean Health Food Industries Sdn. Bhd., Eagle & Pagoda Brand Tek Aun Medical Factory Sdn. Bhd., CHT Marketing, Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dab Gardenia Bakery (KL) Sdn. Bhd. merupakan pihak penaja bagi acara tahunan kali ini.
Hubungi talian hotline 0124401398 atau layari portal www.komtartowerrun.com.my untuk mendapatkan info lanjut, termasuk urusan pendaftaran serta penajaan.
No comments:
Post a Comment