Padam lampu 4.00
pagi palsu, integriti The Star dipersoal
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KERATAN akhbar The Star bertarikh 15 Mei 2014. |
SRI DELIMA – Integriti kewartawanan
The Star dipersoal gara-gara memyiarkan kenyataan tidak sahih seorang
penduduk yang mendakwa lampu jalan sekitar Taman Island Glades di sini kononnya
dipadam seawal jam 4.00 pagi, hingga mendedahkan penduduk setempat pada risiko
jenayah.
OOI Poey Lam |
“Jika saya sebagai
wartawan, saya akan mendapatkan respons susulan dan menyiasat isu tersebut,
sebelum disiarkan.
“Tetapi, The Star telah menulis berita ini, yang
kesemuanya nyata adalah palsu,” ujar Poey Lam, sambil mempersoal ketidakhadiran
wartawan The Star pada sidang medianya
di sini.
Malah, Poey Lam di
depan wartawan yang hadir turut menghubungi The
Star, tetapi, meja pengarang negeri sekadar memberi respons “kami sedang
sibuk”.
Justeru, beliau
tidak menolak kemungkinan bahawa laporan palsu itu demi mencemarkan nama baik
calon pilihan mereka, Ramkarpal Singh yang sedang sibuk merayu sokongan
pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.
Poey Lam
menjelaskan, lampu jalan di sini dipadamkan oleh pihak berwajib selewat jam
7.00 pagi, iaitu semasa hari kian mencerah.
Manakala, lampu
limpah dekat gelanggang bola keranjang di sini pula dinyalakan secara automatik
tiap-tiap hari pada detik 6.45 pagi hingga 7.30 pagi menggunakan alat tetapan
masa, demi keperluan riadah penduduk setempat.
“Jika alat tetapan
masa ini tidak berfungsi, lampu limpah di gelanggang bola keranjang akan
menyala sepanjang hari, bukan terpadam hingga menggelitakan kawasan di sini,”
jelas beliau lagi.
Terdahulu, akhbar The Star bertarikh 15 Mei menyiarkan
berita jelajah kempen Ramkarpal menerima luahan rasa tidak puas hati daripada
seorang wanita berusia 65 tahun berhubung itu tersebut.
Menurut laporan
itu, wanita berkenaan mengadu bahawa penduduk setempat berjoging seakan dalam
gelita disebabkan kekurangan cahaya lampu jalan pada awal pagi tiap-tiap hari,
sekaligus mendedahkan mereka pada risiko jenayah.
Responden yang
enggan identitinya diketahui umum turut dilaporkan mengaku pihaknya telahpun
membuat aduan sebanyak dua kali, tetapi, pihak berwajib berdalih bahawa langkah
memadamkan lampu jalan seawal jam 4.00 pagi itu demi menjimatkan tenaga
elektrik.
Poey Lam dan JKKK
mendakwa semua laporan The Star itu
adalah palsu, mungkin untuk mencemarkan nama baik Ramkarpal, iaitu anak bekas
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.
No comments:
Post a Comment