ULASAN BJ FAQAR:
Apa yang Pulau Pinang buat ini dipanggil Long Range Planning, iaitu melaksanakan satu perancangan untuk melengkapkan satu perancangan yang lain.
Dulu, Tun Dr. Mahathir Mohammad paling power cara pengurusan sebegini dalam memetakan politik Malaysia. Anwar Ibrahim banyak belajar bab power ini daripada Tun.
Saya semakin terkejut sekiranya apps "Apa Rakyat Mahu" adalah perintis Long Range Planning untuk mewujudkan Referandum Rakyat demi merealisasikan pelaksanaan semula pilihan raya kecil Kerajaan Tempatan nanti. Penang hebat!
Setuju?
‘Apa Rakyat Mahu’ aplikasi kaji selidik MPSP, bukan referandum – TKM II
TEKAPAN skrin aplikasi pintar Apa Rakyat Mahu atau "Projek ARM" yang dimuat naik melalui komputer. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA – Semua 800,000
warga Seberang Perai boleh menyumbang pendapat ke arah penyediaan Bajet Majlis
Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2015 dalam tempoh sebulan dari sekarang,
dengan hanya memuat turun aplikasi Projek ARM atau 'Apa Rakyat Mahu' menerusi
telefon pintar masing-masing.
Timbalan Ketua
Menteri I Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy dalam ucapan perasmiannya memberitahu
bahawa projek perintis soal selidik itu untuk mempergiat proses demokrasi
tempatan, selain, mengalakkan penyertaan warga Seberang Perai dalam membuat
keputusan belanjawan bersama-sama MPSP.
“Lebih kurang RM200
juta dibelanjakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Ini bermakna secara
puratanya MPSP membelanjakan RM250 untuk setiap orang.
“Maka, Projek ARM
ini memberi kuasa kepada 800,000 warga Seberang Jaya untuk memberikan pendapat
bagaimana RM250 yang diperuntukan untuk tiap-tiap orang ini perlu
dibelanjakan,” ujar Ramasamy di Kompleks Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda di sini, pagi tadi.
Ahli Parlimen Bukit
Mertajam, Sim Chee Keong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Norlela
Ariffin serta Ahli-ahli Majlis MPSP lain turut hadir pada perasmian majlis
pelancaran aplikasi jenis android tersebut, yang turut boleh diakses melalui
website serta laman sosial facebook.
Sebelum itu,
Pengarah 'Apa Rakyat Mahu', P. David Mashel memberitahu, aplikasi pintar atau
‘Projek ARM’ tersebut menelan kos RM5,000, yang diambil dari peruntukan
peribadinya sebagai Ahli Majlis MPSP.
Menurut beliau,
projek perintis itu dibangunkan secara bersama dengan bantuan Pengasas
"MPSP Watch", Bernard Cheen.
“Demokrasi,
bermakna pandangan dan suata rakyat mesti diambil kira oleh kerajaan, sebelum
keputusan dibuat.
“Bukan selepas
kalah pilihan raya, baru tanya ‘Apa Cina Mahu’,” ujar beliau.
David Marshel
memberitahu, sasaran minimum untuk Projek ARM sulung ini adalah 5,000 responden
dan keputusan soal selidik pintar ini akan diumumkan selepas 15 Jun depan.
Chee Kong pula
menjelaskan ruang kaum yang disediakan bersekali dengan ruang agama, gender
serta umur responden sebenarnya lebih pada tujuan demografi penyelidikan,
bukannya atas sentimen perkauman.
Dalam perkembangan
lain, Ramasamy turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng konsistan untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan
tempatan di MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), walaupun
pelaksanaan enakmen berwajib menerima halangan Putrajaya.
Mengulas mengenai
kemungkinan Projek ARM itu adalah batu loncatan untuk mengadakan referandum
rakyat berhubung tuntutan mengadakan pilihan raya tempatan di negeri ini,
Ramasamy menegaskan bahawa aplikasi pintar itu lebih berorientasikan kaji
selidik semata-mata.
“Sama ada untuk
membuat referandum atau tidak, itu soal nasional... di Ukraine, (referandum)
dilakukan sama ada untuk bebas atau bersama Rusia, di Krimea juga dilakukan
referandum baru-baru ini.
“Ini (Projak ARM)
adalah program bancian rakyat sahaja, tidak sesuai dipanggil referandum,” ujar
Ramasamy pada satu sidang media di sini, sambil menegaskan bahawa Kerajaan Negeri telahpun memilih jalan
perbicaraan di mahkamah demi mendapatkan perintah untuk mengadakan semula
pilihan raya kerajaan tempatan di negeri ini.
Perkembangan terbaru
mengenai aplikasi pintar 'Apa Rakyat Mahu' ini dijangka akan terus mengamit perhatian pihak pro demokrasi tulen
di rantau ini, kelak.
No comments:
Post a Comment