ULASAN BJ FAQAR
MAJORiTi penduduk Makkah adalah arab, tetapi Rasulullah S.A.W sukar menerapkan nilai-nilai tadbir urus Islamis dalam kalangan kaumnya yang berpegang pada semangat asabiah.
Di Madinah pula, masyarakatnya berbilang agama dan kaum. Tetapi, nilai-nilai tadbir urus Islamis lebih mudah dilaksanakan di negara moden itu berbanding Makkah.
Dalam konteks Malaysia, Selangor ada SELCAT, Pulau Pinang ada CAT. Ini sistem integriti yang serupa fungsinya dengan hisbah.
Nilai-nilai Islamis seperti hisbah lebih mudah dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang berbanding Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor dll mungkin disebabkan aspek kepelbagaian itu lebih ketara di kedua-dua negeri Pakatan Rakyat berkenaan.
Setuju?
ZAiNULFAQAR Yaacob dan isteri, Siti Hajjar Hassan. |
Di Madinah pula, masyarakatnya berbilang agama dan kaum. Tetapi, nilai-nilai tadbir urus Islamis lebih mudah dilaksanakan di negara moden itu berbanding Makkah.
Dalam konteks Malaysia, Selangor ada SELCAT, Pulau Pinang ada CAT. Ini sistem integriti yang serupa fungsinya dengan hisbah.
Nilai-nilai Islamis seperti hisbah lebih mudah dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang berbanding Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor dll mungkin disebabkan aspek kepelbagaian itu lebih ketara di kedua-dua negeri Pakatan Rakyat berkenaan.
Setuju?
Bantu Putrajaya
kukuhkan dakwah, toleransi agama – TKM I P.Pinang
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Beliau berkata
demikian pada pelancaran Program Dakwah Negara dan Bulan-Bulan Al-Quran
Peringkat Negeri 2014, yang dianjurkan secara bersama oleh Kerajaan Negeri
dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM).
“Semoga amar makruf
seumpama ini dapat diteruskan,” ujar Mohd. Rashid pada program tahunan negeri
di Dewan Sri Pinang di sini baru-baru ini.
Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Abdul Rahman Abbas merasmikan majlis pelancaran tersebut, yang disertai lebih 1,000 hadirin itu.
Exco Hal Ehwal
Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik
Abul Kassim selaku pengerusi jawatankuasa penganjur program turut membahaskan
tema program tahunan kali ini, iaitu ‘Al-Quran Mengukuhkan Ukhwah,
Memartabatkan Ummah’.
Abdul Rahman dalam
ucapannya, menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan melalui penghayatan
dakwah sebagaimana dituntut dalam al-Quran sendiri.
Mengulas mengenai
tema Katanya lagi, toleransi sesama ummat mampu mengukuhkan perpaduan ummah.
“Umat Islam perlu
kembali menghayati al-Quran dan hidup sebagai satu ummah,” ujar Abdul Rahman.
Selebriti dakwah
rancangan ‘Reset Minda’ terbitan Astro Oasis, Prof. Dr. Muhaya Mohammad turut
menyampaikan motivasi dakwah di depan lebih 1,000 hadirin di sini, sebelum
majlis sepagi bersurai.
MUHAYA Mohammad kelihatan dari pentas utama menyampaikan motivasi dakwah serta saling berinteraksi dengan hadirin di sini baru-baru ini. |
Difahamkan,
Kerajaan Negeri meraikan Bulan-Bulan Al-Quran tiap-tiap tahun sejak 2010, dan
digabungkan bersama-sama Program Dakwah Negara sebagaimana disyor oleh
Putrajaya pada tahun ini.
Program ‘Ibrah Al-Quran, Kelas Tahsin Al-Quran, Celik Al-Quran & Mini Tahfiz, Multaqa’ Tolabah Al-Quran, Talaqqi & Hafazan Al-Quran, Bacaan Kitab, Seminar Al-Quran dan Kelas Bahasa Arab Bahasa Al-Quran dianjurkan secara berkala di Masjid Negeri dan beberapa masjid terpilih serta Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, bermula pada 1 Mei lepas.
Info lanjut,
Hubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian
04-2637200 atau faksimili 04-2502810 atau emel mariah@penang.gov.my /
muhamadsayuti@penang.gov.my.
No comments:
Post a Comment