ULASAN FAQAR
Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan lebih dihormati sekiranya tidak mendakwa Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai "kosmetik" serta "alat dan boneka DAP".
Lihat Chong Eng, komited mereputasi martabat wanita tanpa mengira sentimen kepartian. Hal kepertian adalah satu perkara penting. Memartabatkan wanita tanpa mengira hal kepartian adalah satu perkara yang lebih penting di negara ini.
Ibu Dyana Sofya tidak dikeji walaupun bergelar wanita Umno kerana tahu melihat kepentingan gender dalam arena politik adalah lebih penting daripada sentimen kepartian asabiah.
Lihat gambar di atas, bagaimana Kak Zailah dari Dewan Muslimat PAS menghargai partisipasi Dyana Sofya dalam arena politik Malaysia.
Setuju?

Tingkatkan bilangan
pemandu teksi wanita, syor Chong Eng kepada Putrajaya
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
CHONG Eng (kiri) meneliti permohona teksi wanita oleh Fuah Boon See (tengah), sambil diperhati oleh Karen Lai Yu Lee (kanan) di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara |
SEBERANG JAYA - Kegagalan
beberapa Fuah Boon See mendapatkan permit teksi wanita daripada Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk syarikat milik peribadi Giltter Medallian
Sdn. Bhd. akhirnya dirujuk kepada Kerajaan Negeri.
Exco Belia &
Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata,
Putrajaya sepatutnya bertindak lebih proaktif memandangkan penumpang teksi
wanita lebih selamat menaiki teksi yang dipandu oleh wanita juga.
Langkah proaktif
itu, katanya, sekaligus akan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran
tenaga kerja sebagaimana dihasratkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.
“Daripada 59,174
pemandu teksi di negara ini, hanya dua peratus atau 1,298 adalah pemandu teksi
wanita.
“Langkah proaktif
perlu diambil sekiranya Kerajaan Pusat serius dalam hasratnya untuk membantu
wanita,” ujar beliau kepada wartawan.
Pengurus Program
bagi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Karen Lai Yu Lee turut
hadir pada sidang media itu.
Difahamkan, program
“Teksi Wanita” pernah dilancarkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2011, yang turut disertai oleh SPAD.
Setakat tahun 2012,
dilaporkan, hanya syarikat Destination Transport, Zalnas Sdn. Bhd., Koperasi
Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya serta Sunlight Lembah Klang sahaja yang
menyediakan pemanduk teksi wanita, yang kesemuanya menumpu di sekitar Lembah
Klang.
Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri dalam jawapannya di Dewan Rakyat mengulangi
kedudukan Kerajaan Pusat bahawa program khusus untut pemandu teksi wanita tidak
dapat diadakan sekarang.
Tuntas itu, Chong
Eng dalam kenyataannya baru-baru ini mesyorkan Putrajaya bertindak proaktif
demi meningkatkan bilangan pemandu teksi khususnya di negeri ini.
M. Muniandy. |
Sementara itu, M.Muniandy, 48, melahirkan rasa terharu selepas
menerima sumbangan pukat daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid
Hasnon dalam satu majlis berasingan peringkat pulau baru-baru ini.
“Pemberian dua
kali setahun ini sangat berguna kerana ianya berjaya menjimatkan hampir RM160
seahun duit untuk membeli pukat sahaja,” jelas Muniandy, nelayan dari Batu Maung.
Sambil
berkongsi pengalaman sebagai nelayan, beliau berpendapat bahawa kaum India
dilihat kurang mencuburi bidang tersebut di negeri ini.
No comments:
Post a Comment