16 May 2014

Berkawan semua jenis manusia itu karektor Fadhil Noor

GAMBAR di Dataran Merdeka KL pada 1 Mei lepas.

SELEPAS kuat dikritik dalam suatu muktamar PAS, arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor atas kedudukannya sebagai Presiden PAS bertanya, "mana Mat Sabu? Mana Mahfuz? Panggil mereka naik pentas, duduk menyebelah saya."

Dalam ucapan penggulungan, Fadhil berkata, "anak kalau duduk di seberang jalan, jerkah panggil. Kalau dah duduk dalam (pelukan) lengan, bodoh bapa itu kalau jerkah lagi anaknya."

Ini, karektor Fadhil. Beliau tak peduli mengenai karektor pemimpin masa depan parti, walaupun berdiri atas pendapat yang berbeza dengannya.

Beliau akan mengurus karektor yang berbeza ini dengan meletakkan destini yang jelas untuk akar umbi parti mengejarnya.

Begitulah yang terjadi kepada Mat Sabu dan Mahfuz. Apabila dipanggil duduk bersebelah dengan Fadhil, rupa-rupanya kedua-dua pemimpin masa depan berkenaan akhirnya seakan lebih banyak dikritik oleh Fadhil sendiri, bak ayah menasihat anak pula.

Mengulas mengenai perhimpunan anti-GST yang diraikan serentak dengan Hari Buruh 1 Mei di perkarangan Dataran Merdeka KL petang tadi, rata-rata bersetuju ia cukup berjaya tanpa onar daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kehadiran bukan Melayu (khususnya Cina) nampak kurang, tidak seperti himpunan sebelum ini, Bersih 2.0.

Sampai ada telahan menyebut, kondisi itu adalah kesan berantai oleh perbezaan pendapat berhubung isu 'Shariah Kelantan', hatta DAP dan PAS dilihat saling mengambil sikap yang dingin belakangan ini.

Beberapa pemimpin utama DAP ada ditemui di pinggir perhimpunan aman tadi, tetapi, tidak dijemput naik ke pentas utama untuk berucap.

Di bawah kendalian pengerusi majlis, Ustaz Nasaie Ismail (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat), hanya pemimpin PAS dan PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Haji Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution Ismail, Nurul Izzah Anwar, Ustaz Idris Ahmad, Aiman Athirah Al-Jundi, Shamsul Iskandar Md. Skim dll berucap.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP Kebangsaan) antara pemimpin utama yang tidak kelihatan di pentas utama itu.

Tidak jauh dari pentas utama itu, tim PSM turut mewujudkan satu lagi pentas berasingan.

Nampak seperti ada yang tidak kena apabila mereka tidak dipelawa berdiri sepentas bersama pemimpin PR lain di pentas utama ini, sungguhpun mereka jua lantang memprotes GST, TPPA dan rejim Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

SAMM pun nampak agak lain kali ini, ada yang memandang positif dan serong mengenai peranan murni tim muda redikal itu.

Di tengah-tengah lautan manusia, sekumpulan anak musa berpakaian serba hitam turut kelihatan seakan dikepung oleh bentengan tubuh Unit Amal Malaysia secara sentimental - kononnya May Day di ibunegara hari ini dianjurkan oleh PAS.

AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim dalam satu reaksi spontan berkata, tuntasnya tiada karektor seperti Fadhil Noor yang bersedia untuk berkongsi dan berkawan dengan semua jenis kumpulan hari ini demi menumbangkan rejim Umno BN, walaupun masing-masing mempunyai karektor yang sama dan berbeza-beza.

"Lebih ramai berkawan, PAS lebih kuat. Itu karektor Fadhil Noor yang mahu PAS kuat dengan semua jenis manusia yang dia berkawan," respons Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, tadi.

Setuju?



ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
@zainulfaqar
faqar.blogspot.com


* Catatan di Facebook pada 1 Mei 2014 | Dataran Merdeka KL

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus