18 May 2014

4 dimensi perubahan PAS

SEPERTI organisasi lain, PAS juga menggunakan empat metod untuk mengubah tabiat organisasi serta tapak sokongan rakyat rakyatnya.

Pertama, metod pendidikan.

Contoh, PAS mendirikan Ilham dan PAS untuk mengubah cara berfikir ahli dan pengundi ke arah fikrah Islam.

Kedua, metod perundingan meja bulat.

Contoh, arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor berunding dengan Ku Li dan Anwar Ibrahim hingga terburuknya APU dan GERAK, seterusnya mengubah politik Kelantan dan Malaysia.

Ketiga, metod konstruktif, iaitu menyediakan merangka perubahan di mana semua yang berada dalam kerangka itu secara automatik akan berubah.

Contoh, mewujudkan pemilihan dalam dwi muktamar agar kaedah musyawarah senantiasa mengolah persetujuan kepemimpinan untuk berubah.

Keempat, radikalisme atau perlawanan di jalan raya.

Contoh, perlawanan terbuka avatar facebook dan blogger terhadap idea penggabungan PAS-Umno, hingga membawa pada percubaan mengadakan EGM, seterusnya diumumkan "tutup buku UG".

Nampak tak empat dimensi perubahan yang telahpun dilakukan dalam PAS.

Tabiat organisasi PAS akan terus berubah kerana perubahan itu satu kemestian.

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." (Surah ar-Radd:11)

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

Pretron Sg. Dua | 12.15 tengah hari

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus