16 May 2014

1Mei: Seronok menengok Mat Sabu, Saifuddin...

Ini kawan saya. 'Abang Razak' namanya, pemuda PAS Bayan Lepas. Kami merakam kenangan dalam perhimpunan anti GST di Dataran Merdeka 1 Mei lepas. Sejak mula saya berkenalan dengan beliau, saya terkejut kerana beliau boleh diam tersenyum sahaja dengan cakap mengusik yang luar biasa daripada kawan-kawan. Sekarang, saya lagi terkejut apabila beliau cukup pandai menjawab cakap sampai kawan-kawan pula terusik. Lama kena tumbuk di tempat yang sama membolehkan seseorang kian kebal.

ABANG MAT & SAIF...
Semasa langit memendung, Tuan Haji Mohamad Sabu untuk kali yang kedua tampil di pentas utama, lalu, meminta semua peserta Himpunan Aman Sambut Hari Pekerja 1 Mei & Bantah GST supaya terus kekal di Dataran Merdeka walaupun ditimpa hujan nanti.

"Saya minta semua tunggu kerana ini mungkin ucapan terakhir (Datuk Seri) Anwar Ibrahim walaupun kita harap dia tidak ke penjara.

"Air hujan, mainan kita. Jadi, kita akan tunggu walau dalam hujan untuk dengar amanat akhir Anwar Ibrahim," ucap Timbalan Presiden PAS itu.

Ucapannya itu disambut oleh rakyat.

Padanlah Saifuddin Nasution dalam ucapannya melahirkan rasa yakin dengan keupayaan 'Mat Sabu' yang diberikannya sebagai 'Imam Jalan raya' untuk memimpin demontrasi aman seumpama itu nanti, jika apa-apa berlaku kepada Anwar.

Ada seorang adik mahasiswa memberitahu saya, Mat Sabu dan Saifuddin bagaikan 'dua tubuh satu jiwa'.

Saya kata, "itu macam jolokan di Indonesia..."


ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang


* Catatan di Facebook pada 1 Mei 2014 | Dataran Merdeka KL

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus