09 April 2014

PSM jemput RAGAS, Lang-Gar! sertai Kolokium Tangani Harga Rumah Membelon 17 April

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjemput Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) menyertai Kolokium Tangani Isu Harga Rumah Membelon di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 17 April depan.

Koordinatornya, Dr. D. Jeyakumar menjelaskan, kolokium itu adalah kesinambungan pada program jelajah PSM ke semua negeri baru-baru ini termasuk dekat Kg. Pmtg. Tok Subuh di sini, yang turut disertai oleh NGO Selamatkan Malaysia Langgar Rejim (Lang-Gar!)

"Diharap kolokium ini menghasilkan satu memorandum untuk diserahkan kepada Menteri Perubahan & Kerajaan Tempatan," ujar Dr. Jeyakumar menerusi emel.

Pengerusi RAGAS, Zolkifly Md. Lazim yang juga AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang semasa dihubungi kemudian memberitahu bahawa pihaknya akan berbincang dengan Hamidah Che Embi (Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kg. Pmtg. Tok Subuh), Zulkifli Saad (Pengerusi Lang-Gar!) dan Jab Samat (Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam) dan beberapa pihak lain esok.

Info lanjut kolokium, hubungi Dr. Jeyakumar di talian 0195616807 atau emel rrani.kumard@gmail.com.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus