Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
JAWI - Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Kerajaan Negeri sejak tahun 2011 membelanjakan kira-kira RM200,000 tiap-tiap tahun bagi memberi vaksin penyakit mulut dan kuku (FMD) secara percuma kepada pemilik ladang ternak babi di Pulau Pinang.
“Kira-kira 330,000 babi yang diternak di negeri ini disuntik dengan vaksin supaya jauh daripada penyakit FMD ini.
“Kira-kira 330,000 babi yang diternak di negeri ini disuntik dengan vaksin supaya jauh daripada penyakit FMD ini.
"Hanya (Kerajaan Negeri) Pulau Pinang sahaja yang memberi vaksin FMD babi ini dan kes terakhir FMD bagi ternakan khinzir di Pulau Pinang ini adalah pada tahun 2010,” ujar Dr. Afif di Dewan Serbaguna Jawi di sini, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Pulau Pinang, Dr. Johari A. Bakar dan Tan Kwen Hin (Pengerusi Persatuan Babi Pulau Pinang turut berucap pada majlis itu.
Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, tiap-tiap babi induk betina dan jantan wajib disuntik dengan vaksin tersebut mengikut jadual yang ditetapkan.
Difahamkan, sebotol vaksin FMD berharga RM250 dan boleh disuntik pada 50 babi induk.
Sebanyak 83 pengurus ladang ternak babi sekitar Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) menerima sumbangan vaksin FMD pada hari ini.
Itu, tidak termasuk 86 pemilik ladang serupa di Daerah Seberang Perai Utara (86), Daerah Barat Daya (15) dan Daerah Seberang Perai Tengah (13) yang menerima sumbangan serupa pada majlis berasingan, sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Afif mengulangi iltizamnya untuk mengambil tindakan wajar kepada penternak yang gagal mematuhi garis panduan, sebagaimana disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Justeru, katanya, pengurus ternak babi diingatkan segera menaik taraf sistem sisa khinzir masing-masing dalam masa setahun ini, sekiraya tidak mahu berdepan dengan risiko penarikan permit ternak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kelak.
Sebelum itu, Dr. Johari menegaskan bahawa DVS bermula pada tahun depan akan mengetatkan peraturan ternak babi serta tidak akan memberi permit kepada pemilik ladang yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh PBT.
Manakala, Kwen Hin pula berkata, pihaknya akan melaporkan kepada DVS dari masa ke semasa mengenai pemilik ladang yang gagal menyuntik vaksin FMD babi mengikut jadual demi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeluar ketiga paling besar ternakan khinzir dan ayam di negara ini.
No comments:
Post a Comment