14 March 2014

Untung Umno dapat menteri bodoh macam Ahmad Maslan

APA pendirian Perkasa apabila Ahmad Maslan, Umno berkempen menangkan Cina MCA?

Ahmad Maslan sendiri mengaku, undi Cina mengamalkan 'politik untung'.
"Orang Cina pilih untung. Meniaga mahu untung, politik pun mahu untung," kata Ahmad dipetik dari Malaysiakini.com, selepas mengunjungi masyarakat di Pasar Malam Kampung Baru Sg Chua hari ini.
Sepanjang kempen Ketua Penerangan Umno Malaysia itu, tidak kedengaran PERKASA membantah kerana kumpulan pendesak Melayu itu pun hakikatnya adalah Umno.

PERKASA tidak bantah kempen memenangkan calon MCA hakikatnya kerana Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Inilah wajah sebenar Umno dan PERKASA.

Untung dalam kamus politik mereka adalah menewaskan Pakatan Rakyat, tetapi, 52 peratus rakyat Semenanjung Malaysia tidak mudah untuk ditundukkan dengan kempen bodoh itu sejak PRU13 lepas lagi.

Politik Untung
Sebelum PRU12 8 Mac 2008, rakyat Pulau Pinang khususnya Melayu pun percaya bahawa mereka akan untung jika Umno terus memerintah negeri ini.

Selepas Umno tumbang di Pulau Pinang, rupa-rupanya Melayu serta kaum-kaum lain lebih untung.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang mendedahkan 9.362 ekar tanah Kampung Terang dekat Balik Pulau milik 31 Melayu telahpun ditipu hidup-hidup oleh dua pemimpin Umno di negeri berkenaan.

Tak sampai empat bulan, Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Faudzar (Ketua Umno Bahagian Bukit Gelugor) telah mengaut kira-kira RM5 juta untung jual tanah atas angin dengan menipu orang Melayu.

Kalau Umno tak tumbang di Pulau Pinang, memang yang untuk adalah 'Melayu'. 'Melayu' yang untung itu antaranya Musa dan Omar.

Yang lain rugi. Melayu seperti 31 pemilik tanah Kampung Terang antara yang rugi.

Mujur DAP serta Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, maka rakyat tak kiralah Melayu, Cina atau India serta kaum-kaum lain sama-sama untung apabila semua penipuan pemimpin Umno di negeri ini sama-sama dapat tahu dan lawan!

Kajang atau MCA untung?
Sempena PRK Kajang, Ahmad Maslan kata, pengundi Cina akan untuk jika menyokong calon parti asabiah MCA, Chew Mei Fun.

Yang rakyat lihat, kenaikkan tol ditangguhkan sempena PRK Kajang.

Yang saya lihat pula, "rakyat semakin untung jika Pakatan Rakyat makin kuat untuk merampas Putrajaya daripada Umno."

Dulu lagi saya sudah menulis, Islam, Umat Pulau Pinang untung sebab DAP demokratik.

Saya tak mahu lah mengatakan Ketua Penerangan Umno ini bodoh sebagaimana yang disebut oleh Shahbudin Husin, nanti Ahmad Maslan berkicau lagi 'Saya tak bodoh,CGPA saya 3.85 lagi'.

Jadi saya kata, "Untung Umno dapat menteri bodoh macam Ahmad Maslan..." kerana yang rugi seluruh -rakyat Malaysia khususnya di DUN Kajang tanpa mengira kaum.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus