16 March 2014

Tak logik Anwar dalang rampas MH370 - Tian Chua

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KAJANG - Konspirasi blogger mesra Umno di laman sosial Facebook menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebagai dalang rampasan kapal terbang MAS MH370 yang masih belum ditemukan hingga kini dianggap tidak rasional, kata Naib Presiden Keadilan Tian Chua.

"Nak menyelamatkan diri daripada ke penjara selama lima tahun di Mahkamah Rayuan pun Anwar Ibrahim tidak mampu, inikan pula untuk mendalangi merampas sebuah kapal terbang.

"Fitnah blogger Umno ini jelas tak rasional. Kita (Pakatan Rakyat) secara konsisten menolak keganasan atau sebarang unsur terrorisme," ujar Tian Chua tengah hari tadi di Bilik Gerakan Utama (BGU) N.25 Kajang dekat Sungai Sekamat di sini.

Dua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Sivarasa Rasiah dan Khalid Jaafar turut hadir pada sidang media itu.

Terdahulu, Kapten Zaharie yang dikatakan Ahli Seumur Hidup PKR digambarkan terbabit dalam kemungkinan insiden rampasan MH370 sekarang.

Manakala, Anwar pula didakwa sebagai dalang pada konspirasi tersebut demi menghasut pengundi DUN Kajang supaya menolak calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus