07 March 2014

RM16 juta hasil promosi bayar cukai awal tahun

MAIMUNAH Mohd. Sharif (depan, tiga dari kiri), Rozali Mohamod (depan, dua dari kiri) serta barisan Ahli Majlis MPSP lain bergambar kenang-kenangan bersama para pemenang cabutan bertuah Sempena Promosi Bayaran Cukai Pintu 2014 di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBARANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjaya mengutip RM16 juta daripada 25,755 pembayar cukai premis sempena Promosi Bayaran Cukai Pintu 2014, melebihi sasaran awal tahun ini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd.Sharif berkata, angka itu sekaligus mencerminkan keberkesanan majlis cabutan bertuah sempena promosi bayaran cukai pintu, yang diadakan saban tahun.

"36 lagi penerima cabutan bertuah yang disenaraipendekkan akan mendapat hadiah masing-masing pada petang ini...bagi saya jauh lebih bernilai berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Kesemua hadiah untuk 77 penama diraikan sebagai menghargai komitmen mereka membayar cukai setahun 2014 kepada MPSP beserta tunggakan (jika ada)," ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod dan barisan Ahli Majlis lain turut hadir pada sidang media, selepas majlis penghargaan tersebut.

Mountain Bike Exitway M6, Mountain Bike Bianchi KUMA, telefon pintar Samsung Galaxy S4, televisyen Samsung LED 32", komputer riba Asus dan Ipad Mini antara hadiah bernilai yang diberikan kepada 36 pelanggan MPSP bertuah.

Direkodkan, MPSP berjaya mengutip RM20.32 juta (RM20,320,507.49) cukai pintu daripada 24,348 pelanggannya pada tahun 2013, manakala, RM15.051 juta daripada 21,495 pembayar cukai pada tahun sebelumnya.

Sebelum itu, Maimunah merakamkan permohonan maaf kerana majlis penghargaan pembayar cukai terbabit dilangsungkan lewat hampir dua jam.

Maimunah dalam ucapan ringkasnya memberitahu, kelewatan majlis perhargaan itu berpunca oleh mesyuarat penuh MPSPyang selesai lewat daripada masa perancangan.

Beliau turut memohon maaf kepada seorang pelanggan yang berang dengan kelewatan majlis penghargaan tersebut.

"Kita akan memperbaiki mutu pelanggan...saya memohon maaf atas kesulitan yang tidak disengajakan," jelas Maimunah dalam ucapannya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus