14 March 2014

PRK Kajang: Noh Omar mungkin ingat banjir di Kajang sahaja


SEBAGAi Pengerusi BN Selangor, memang kerja Datuk Seri Noh Omar membangkang Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir urus oleh Pakatan Rakyat.

Itu memang kerja Pembangkang.

"Di Selangor BN adalah pembangkang, manakala Pakatan Rakyat adalah kerajaan... Kita buat manifesto bila tak menjadi kerajaan. Ini kerajaan dah ada.
"(Kandungan) manifesto itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri... Tak perlu manifesto. Beliau nak naikkan prasarana di Kajang, tapi di Kajang sudah banyak kali berlaku banjir?" kata Noh, dipetik dari Malaysiakini.com.

Tetapi, apabila Noh Omar mempertikai wibawa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, kononnya tak mampu menangani masalah banjir yang kerap kali berlaku di Kajang, macam ada tidak kena dengan ahli politik asabiah itu.

Kalau kita tidak lupa, Kelantan boleh dikatakan tiap-tiap hujung tahun akan dilanda musim tengkujuh serta banjir. 

Maka, PAS semasa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat masih menjadi menteri besar Kelantan digambarkan tidak tahu memerintah negeri.

Apabila bah besar turut melanda Johor, Pahang dan Terengganu dalam dua tiga tahun ini, akhirnya pemimpin Umno sendiri tak tekata apa-apa.

Kadang-kadang ahli politik Umno ini macam bercakap tak pakai otak, sebab itu, saya kata, "Noh Omar mungkin ingat banjir di Kajang sahaja...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus