29 March 2014

Percaya China boikot barang Malaysia samalah kita percaya Ibrahim Ali boikot barang Cina Malaysia!

IBRAHIM Ali
AGAK-AGAK Ibrahim Ali akan lancar tak kempen boikot barang China apabila gergasi ekonomi itu umum memboikot produk Malaysia?

Umum mengetahui bahawa pelaburan China di Asia Tenggara berjumlah kira-kira AS$400 bilion.

Dari jumlah itu, sebanyak AS$106 bilion dilaburkan di Malaysia, sekaligus menjadikan negara ini sebagai negara keenam di dunia paling banyak menerima pelaburan China, serta pertama di Asia Tenggara.

Duta China Ke Malaysia, Huang Huikang dalam kunjungan hormatnya ke Pulau Pinang pada 28 Februari lepas memberitahu Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng bahawa hubungan kedua-dua pihak diharap kian utuh.

Beliau berkata sebegitu kerana kepentingan terbaru China di negara ini antaranya adalah Jambatan Kedua Pulau Pinang. 

Kepentingan akan datang China di Pulau Pinang umpamanya adalah projek peluasan Empangan Mengkuang, Terowong Bawah Dasar Laut dan tiga pintasan lebuh raya sekitar George Town.

Tak hairanlah jika Huang Huikang sendiri mengakui bahawa jumlah pelaburan China paling banyak di Malaysia adalah di Pulau Pinang, dianggarkan kira-kira AS$40 bilion.

Ertinya, mustahil China sanggup memboikot Malaysia kerana kepentingan pelaburannya sangat besar di negara ini.

Memboikot Malaysia ertinya akan merugikan kepentingan pelaburan China di negara ini sendiri.

Justeru, percayakan China bersungguh-sungguh akan memboikot komoditi Malaysia, samalah kita percaya bahawa barang-barang Cina Malaysia sendiri akan diboikot oleh Melayu Malaysia gara-gara kempen ajaib Ibrahim Ali.

Boikot mustahil akan berlaku secara menyeluruh di negara ini kerana kepentingan Melayu dan Cina di negara ini akan terus dipelihara oleh kaum pemodal.

Kalau kita faham bahawa hakikat boikot yang dilakukan oleh Ibrahim Ali ini hanya cakap politik, kita akan faham bahawa boikot yang dilancarkan oleh China ke atas Malaysia sekarang pun hakikatnya mendekati motif politik.

China dan Amerika Syarikat sedang mencetuskan perang dingin dan samboyan memboikot barang Malaysia adalah satu bahasa diplomatik supaya pentadbiran Najib Razak tidak lagi bersekutu dengan Amerika Syarikat.

Setuju?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
0194241583 | faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus