14 March 2014

Penganjur batal Pink Dot Penang 2014, betulkah LGBT disokong Kerajaan Negeri DAP P.Pinang?

DUA hari lepas, Ustaz Musaddeq Khalid whatsApp saya, "...apa cerita 29 Mac ni? Betul ke pesta seks songsang?"

Saya tak terkata apa, langsung tak respons whatsApp anak Khalid Samad itu.

Sesawang Harakahdaily ada menyiarkan berita Pink Dot Penang 2014 rai kumpulan LGBT - Abim.

Isu LGBT memang menarik dibincangkan, tak kira lah dari jendela demokrasi atau agama Islam.

Saya tak pernah tulis isu ini dalam blog peribadi, melainkan entri Anak perempuan Mahathir LGBT, penkid, lesbian & kaki arak?

Pun begitu, saya sebenarnya sependapat dengan Dr. MAZA, iaitu Berdialog dengan apa yang LGBT percaya.

Saya juga sokong mantik Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang berseloroh, Lesbian, gay nak duduk khemah mana di Arafah?
"Binatang pun tahu pasangannya. Ayam jantan pasti akan mengendeng kepada ayam betina. Ayam jantan payah nak duduk sekali dengan ayam jantan lain. Ayam ayam jantan ini pasti bergaduh sakan merebut ayam betina," kata Tok Mufti itu dipetik dari blognya. [artikel sama turut di Mkini.]

Difitnah anuti 'Islam Liberal
Banyak kali digambarkan berfikrah dengan Jaringan Islam Liberal dalam 'Usrah Gabungan' sebelum ini, membuatkan saya cukup 'takut' untuk menulis entri ini.

Kalau AJK PAS Pusat pun sebelum ini pernah difitnah di Ireland oleh puak UG ini, nak heran apanya kalau saya sediri turut difitnah.

Saya digambarkan mempunyai fikrah 'tak jelas'. Bila saya tanya, "ada ka fikrah yang jelas?"

Lari sunyi sepi Geng Ustaz. Last-last kepung saya ala gengstar sebab tak berani 'hujah lawan hujah'

Sebelum ini saya ada menulis Pro UBN atau pro PR jadi pilihan muktamarin PAS? di The Malaysia Insider.

Pas pilih perubahan defensif atau ofensif di PRU13? saya tulis dalam blog peribadi.

Teruk kena bantai dan kena fitnah sepanjang musim pemilihan Muktamar, ketika itu.

Abang 'Abu Nawas' kata, "selepas habis muktamar nanti, semua fake account yang hentam hang di FB itu berenti lah fitnah hang." Rupa-rupanya betul kata dia.


Chong Eng, demokrasi & LGBT
Berbalik pada kontroversi Pink Dot Penang 2014 di Pulau Pinang pada 29 Mac ini, isu transjantina ini menarik.

ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu dikenali antara ahli politik yang kedepan membela hak minoriti golongan terbabit.

Aktivis hak asasi manusia berkenaan seringkali berkunjung ke Pejabat Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengangkat isu tersebut.

Saya bersama-sama Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang) dan 'DAP Melayu' Khairul Ishak pernah dipelawa menyertai dialog banyak hala dengan kumpula minoriti tersebut serta Yee Cheu sendiri.

Daripada dialog itu, banyak kes penganiayaan di lokap, hospital, rumah pelindungan membabitkan golongan tersebut dibentangkan.

Atas kes-kes penganiayan  itu, Yee Cheu mendesak Chong Eng mewujudkan satu lagi port folio khas dalam Kerajaan Negeri demi membela hak asasi kelompok transjantina di negeri berkenaan.

Dalam reaksi spontan, Chong Eng memberitahu, suatu jawatankuasa kecil sedia ada di bawah DUN Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Yee Cheu sepatutnya wajar berperanan untuk membela golongan minoriti itu dari terus dizalimi.

"Kalau majoriti rakyat Pulau Pinang tidak bersetuju untuk mengiktiraf transjantina, keputusan majoriti itu pun perlu dihormati di negeri ini...pembelaan hak asasi golongan minoriti ini (transjantina) kerana mereka adalah rakyat yang dizalimi, bukan disebabkan (status) transjantina mereka," respons Chong Eng kepada Yee Chee.

Saya cukup tertarik dengan pendirian Kerajaan Negeri Pulau Pinang, menerusi respons Chong Eng itu.

Jawapan itu, menerusi jendela demokrasi pun boleh diterima sebagai qawiyyah, menerusi jendela Islam pun boleh diterima sebagai qawiyyah.

Selepas Jumaat tadi, sambil-sambil melayari facebook di rumah Mak Mertua 'isteri pertama' (LOL) di Muar, saya mendapat tahu penganjur sendiri membatalkan Pink Dot Penang 2014.

Lihat pemakluman Ustaz Rosidi Hussain, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang merangkap Penolong Pengarah Komunikasi dan Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment