23 March 2011

Muktamar: Abdul Kadir wajar dihizbah kerana fitnah pimpinan tertinggi jamaah di Ireland!

Abdul Kadir
Eksklusif | Seperti sebelum ini, beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat difitnah lagi sebagai “agen JIM dalam PAS” oleh kakitangan parti Islam itu sendiri demi menempuhi musim persaingan di Muktamar 2011 yang dijangka pada Jun depan.

Dr Dzulkifly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) Hanipa Maidin (Peguam PAS) antara yang difitnah ketika PAS sedang giat mengembangkan pengaruh dakwahnya di United Kingdom.

Kita tentu tidak lupa, peristiwa yang menjadi kebanggaan kita semua – iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan PAS Representatif Council (PRC) of UK and Eire di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom.

Harakahdaily pada 26 Disember melaporkan, delegasi itu turut disertai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik bagi Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Pengerusi PRC Jupri Bade sendiri.
Namun, sumber dari Manchester sendiri memberitahu bahawa Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi dan Pegawai Penyelidik di Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Sheikh Abdul Kadir al-Jofri turut menyertai delegasi tersebut menggunakan duit Harakah seperti pimpinan PAS Pusat yang lain.

Azman dan Abdul Kadir tidak menyertai perlancaran PRC di Manchester, sebaliknya kedua-dua mereka telah dicaturkan oleh Pengarah Lajnah Mahasiswa Luar Negara DPPP yang dipengerusikan oleh ”Menantu Presiden” Ustaz Zaharuddin Mohamad aka Din Ayam untuk menghadiri dua tamrin mahasiswa di Ireland – (1)Tamrin Tahun Akhir dan (2)Tamrin Ahli.

Kuliah tamrin di sampaikan secara serentak berselang-seli demi menjimatkan masa masing-masing.

Dalam tamrin tersebut, Abdul Kadir bukan sahaja mengaku dirinya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama (harap PAS siasat mamat misteri ini), bahkan secara terang-terangan mengfitnah Dr Dzulkifly, Dr Mujahid dan Hanipa Maidin sehingga mendorong seorang peserta bangkit mempersoal setiap kenyataannya itu.

Abdul Kadir melakukan fitnah ke atas pemimpin PAS Pusat ketika menyampaikan kuliah Larangan ta’adud jamaah tanpa segan silu menghina gerakan-gerakan dakwah yang lain, khususnya JIM (Islamic Representative Council yang kini dikenali sebagai JIM atau terbaru IKRAM).

“Takkan nta semua tak tahu siapa pemimpin pusat yang tak wala’ kepada Presiden (Abdul Hadi)…(mereka yang dimaksudkan ialah) Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (yang) walaupun bukan pimpinan IRC tapi dipergunakan oleh Dr Dzul(kifly) untuk anti ulama’.

“Mereka hanya wala’ kepada IRC, mereka anti ulama dan merancang nak ambil alih jamaah PAS,” balas Abdul Kadir sambil mengaku bahawa beliau ada ‘dokumen sulit’ Hizbul Islami Syumuliyyah (HIS).

(Lihat bersama penjelasan saya mengenai berbilang-bilang jamaah)

Abdul Kadir dicabar heret Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin serta Khalid Samad ke Jawatankuasa Tatatertib jika benar ada bukti mereka ini ‘pengkhianat’ parti.

Jangan menipu dan fitnah pimpinan tertinggi jamaah!

Abdul Kadir mengfitnah Dr Dzulkifly tidak al-wala’ (setia) kepada Abdul Hadi, bahkan masih al-wala’ kepada IRC serta dianggap “gunting dalam lipatan” atau “musuh dalam selimut”.

Abdul Kadir turut mengfitnah Dr Mujahid sebagai ’perosak jamaah‘ dengan mengkritik pemimpin-pemimpin jamaah melalui karyanya yang kontroversi iaitu Menuju PAS Baru.

[Tulisan Dr Mujahid dipersoal. Namun, tulisan Ustaz Ridhwan Mohd Nor berjudul Menerjang Badai (nampak macam tulisan Fadhli Ghani) yang nyata turut mengkritik pimpinan jamaah secara terbuka hari ini, Abdul Kadir tidak pula menentang budaya itu]

Tidak cukup dengan itu, Hanipa Maidin yang terkenal menentang fikrah JIM ketika menuntut di UIAM pun difitnah sebagai ‘Agen JIM dalam PAS’.

Amalan “Sang Diktator Agama” tidak wajar dianggap sebagai rahsia jamaah kerana ia adalah suatu fitnah yang nyata. Fitnah selama-lamanya tidak boleh dianggap sebagai rahsiah jamaah kerana ia suatu kebatilan. [Guna duit parti pergi terbang ke luar negara, selepas itu fitnah pemimpin jamaah]

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“…fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan…” [2:191]

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.” [2:42]

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Dua orang penghuni kubur sedang diazab.mereka diazab bukan kerana sesuatu yang besar. Bahkan, salah seorang disebabkan tidak menjaga diri dari kencingnya sementara seorang lagi berjalan menyebarkan fitnah”. [riwayat al-Bukhari]

“Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya : apakah ia ya Rasulullah saw?. Jawab Nabi saw : Iaitu syirik, sihir, membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq,memakan riba , memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh perempuan yang baik dan beriman berzina”. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Apa yang didedahkan di sini tidak wajar dianggap lagi rahsia parti.

Sahabat saya dari Manchester memberitahu, suatu laporan/aduan mengenai Abdul Kadir mengfitnah pemimpin tertinggi jamaah sudah dihantar ke pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut sebelum ini.

Namun, sehingga sekarang Abdul Kadir seakan dilindungi oleh pihak Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. (macam kes aduan Tulang Besi sebelum ini)

Tidak cukup dengan itu, seorang pemimpin tertinggi jamaah dalam mesyuarat PAS Pusat turut membangkitkan mengenai pengfitnah Abdul Kadir, lalu Abdul Hadi terus bertanya kepada Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Apa kata Nasruddin, “Saya sudah bertanya dengan Ustaz Azman Shapawi dan beliau mengatakan Ustaz Abdul Kadir tidak berkata demikian (seperti didakwa)…”

Sama ada Nasruddin menipu pimpinan tertinggi jamaah atau tidak, wallahu ‘alam.

Namun, bukankah Abdul Kadir dan Azman Shapawi berkuliah pada masa yang serentak di tempat yang berbeza (dalam dua tamrin di Ireland)?

Bagaimana Nasruddin boleh berkata yang Azman Shapawi boleh mengesahkan ucapan-ucapan pengfitnah itu? Logik?

Seperkara lagi, mengapa Din Ayam berdiam diri ketika Abdul Kadir mengfitnah pimpinan tertinggi jamaah? (sedangkan budaya fitnah dalam tamrin di Ireland di bawah lajnahnya.)

Kenapa Din Ayam tak agresif sebagaimana yang dilakukan ke atas Dr Mujahid sebelum ini?

Dulu, ketika Dr Mujahid menulis buku Menuju PAS Baru, beriya-iya menipu budak-budak jamaah Islam Kampus dengan ilmu ‘piawaian syariah’ lah seakan orang lain tak mengaji agama.

Saya cabar Din Ayam yang juga Khairy Versi PAS ini mengheret Abdul Kadir untuk dihizbah?

Saya cabar Din Ayam dan Abdul Kadir mendedahkan dokumen sulit yang kononnya menjadi panduan Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin dan Khalid Samad untuk mengambil alih PAS. Ingat ambil alih PAS macam main catur ke?

Cukuplah Umno membodohkan Melayu selama 50 tahun lalu. Janganlah jadi Sang Diktator Agama yang suka membodoh-bodohkan kami dalam jamaah PAS sekarang!


“MEMPERKASA KEPEMIMPINAN ULAMA MENUJU PRU13″
“PRU13: BERSAMA PAKATAN RAKYAT TOLAK PEMIMPIN KHIANAT”

Zainulfaqar Yaacob

Kota Damansara | 3:40 pagi

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus