10 February 2013

Pas pilih perubahan defensif atau ofensif di PRU13?

Perubahan adalah satu kemestian. Suka tidak suka, kita boleh mencipta perubahan atau terubah dengan sendirinya.

Pas sebagai parti dakwah pun sebenarnya berdepan dengan perubahan.

Mara kedepan sebagai Impian Malaysia merupakan perubahan yang ofensif.

Berundur ke belakang atas dalih kononnya untuk mengekalkan keaslian Pas sebagaimana era sebelum 1990-an merupakan satu lagi bentuk perubahan yang difensif.

Pas dilihat ofensif apabila anjal dalam mengemukakan cita-cita politik.

Perubahan yang ofensif umumnya akan mengembang tapak sokongan rakyat terhadap Pas.

Pas dilihat difensif apabila regid dalam mengemukakan cita-cita politiknya.

Perubahan yang defensif umumnya akan menguncup tapak sokongan rakyat terhadap Pas.

Sebagai contoh, ijtihad arwah Fadhil Mohd Noor membela Anwar Ibrahim semasa difitnah Tun Dr Mahathir Mohamad, menubuhkan Gerak sehingga terlahirnya Barisan Alternatif dilihat sebagai perubahan yang ofensif.

Betapa Fadhil ofensif antaranya mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Pertama Menteri menjelang pilihan raya umum 1999.

Implisitnya, tapak sokongan Pas paling mengembang berbanding DAP dan ADIL (kini dikenali sebagai PKR) sehingga Fadhil diiktiraf sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Berbeza dengan pengganti Fadhil Noor, Abdul Hadi Awang bersama Dr Harun Din (Timbalan Mursyidul Am) mengumumkan Dokumen Negara Islam menjelang pilihan raya umum 2004.

Langkah itu dikatakan perubahan yang defensif kerana reaksi pada umpan politik Dr Mahathir mengumumkan Malaysia Negara Islam.

Implikasinya, tapak sokongan rakyat terhadap Pas menguncup di seluruh negara, sampai di Kelantan yang dikatakan kubu kuat Pas pun bertahan dengan 'dua batu nisan'.

Terengganu yang menjadi kubu kuat Pas pun tumbang dalam pilihan raya itu.

Dinamika perubahan Pas serta trend sokongan rakyat terhadap parti itu senantiasa mencuri perhatian banyak pihak termasuk DAP.

Sebab itu, DAP mengambil langkah yang lebih ofensif dengan mengumumkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekarang.

Sebab itu juga, DAP sekarang pun mengambil langkah yang ofensif dengan mengumumkan AJK PAS Malaysia, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin kekal sebagai Menteri Besar jika Pakatan Rakyat kembali diberi mandat mentadbir Perak.

DAP pun percaya pada perubahan yang ofensif demi mengembangkan tapak sokongan rakyat terhadap terhadap parti integriti itu.

Permainan bola sepak dalam posisi defensif tidak akan menang, paling tidak pun seri 0-0.

Tapi, sekiranya permainan bola sepak itu dimainkan dalam posisi ofensif, menang ada peluang menang dengan sokongan minat penonton terbanyak di Stadium.

Setuju?

Pas pilih perubahan yang defensif atau ofensif sempena PRU13  ini kali lah?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus