02 March 2014

Penduduk Kg. Pmtg. Tok Subuh lancar 'perang telefon' tuan tanah, demontrasi esok!

BUKIT MERTAJAM - Kempen menghubungi telefon tuan tanah Distinct Class, Lim Boon Leong dilancarkan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam, malam tadi.

Pengerusi badan bertindak penduduk kampung itu, Hamidah Che Embi berkata, langkah itu sebagai reaksi pada tuntutan penghakiman terus tuan tanah di Mahkamah Sesyen Butterworth baru-baru ini demi mengusir baki 26 penduduk asal dari kampung berkenaan.

"Jangan ugut tuan tanah atau wakilnya (peguam), tetapi, saya rayu seluruh rakyat Malaysia menghubungi mereka untuk membawa perasaan kecewa kami sebelum demontrasi Isnin ini," jelas Hamidah.

Boon Leong boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0164499712, manakala, 04-3971227/8 untuk menghubungi firma guaman tuan tanah, Firma Guaman Fadzil, Chua & Song. 

Tambah Hamidah, langkah itu sebagai persiapan untuk menggandakan tekanan balas kepada tuan tanah, termasuk melancarkan demontrasi aman di perkarangan firma guaman tuan tanah dekat perkarangan 17-A (Tingkat Atas), Jalan Todak 5, Pusat Bandar Seberang Jaya, 13,700 Perai.

Penasihat Badan Bertindak Selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh, Jab Samat, Zulkefli Saad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai) dan Choo Chun Kai (wakil Parti Sosialis Malaysia merangkap wakil Jaringan Rakyat Tertindas, JERIT) turut menyertai aktiviti badan bertindak itu, malam tadi.

Hadir sama, wakil Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan wakil Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Stevan Sim Chee Keong.




Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.



 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus