14 March 2014

MH370 mendekati motif pembunuhan apabila Pentagon sendiri sebut 'ia mungkin tindakan yang disengajakan...'



PANGGILAN telefon bertali arus memaki hamun saya apabila disiarkan entri MH370: Jejak lelaki Uighur dekatkan insiden pada motif pembunuhan?

Ada pemimpin PAS Pusat kata, "BJ Faqar gila!"

Beberapa pemimpin mesra Pakatan Rakyat pun banyak yang sentimen bila mengulas bab ini, kononnya nak jaga perasaan kaum keluarga mangsa tragedi itu.

Semua kita bukan menghina keluarga mangsa, kita sedang menganalisis insiden tersebut. Sama ada bersetuju atau tidak dengan cara kendalian insiden itu, itu semua analisis semata-mata.

Awal-awal lagi saya dah kata, ada unsur konspirasi di sebalik kelaku Putrajaya berhubung insiden tersebut.


Sekurang-kurangnya, saya kata, ada konspirasi sedang dikocak dalam bilik editorial aka propagandis Umno untuk menenggelamkan knspirasi jahat terhadap Anwar Ibrahim.

Lihat tekapan komputer di bawah:



Sebelum satu-satu proses siasatan lanjut dilakukan, seseorang yang mengamalkan pemikiran investigasi akan menentukan kes yang disiasat itu, sama ada di bawah kategori kemalangan atau pembunuhan.

Teorikal itu penting untuk melorongkan siasatan emperikal selanjutnya sehingga menemukan bukti sebenar pada satu-satu kes yang disiasat.

Ini disebut motif kes!

Dalam kenyataan berbolak-balik di KLIA, itu tidak berlaku.

Dolak-dalih sehinggalah pada amalan tahyul menjadikan Malaysia jenaka antarabangsa sahaja.

Sebentar tadi, Pentagon sendiri percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan, lapor ABC News, hari ini.

Menurut laporan itu, dua pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar.

“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.

Selanjutnya, baca MH370: Pentagon percaya pautan data, transponder sengaja ditutup berasingan di portal berita The Malaysia Insider.

Saya dah sebut, insiden itu mendekati motif pembunuhan. Pentagon sebut, "ia mungkin tindakan yang disengajakan...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus