26 March 2014

Mazlan Aliman, TKM 1 P.Pinang bincang isu usir penduduk esok

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) akan bertemu dengan Datuk Mohd. Rashid Hasnon di Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di sini pada jam 10 pagi esok.

Sumber parti yang dipetik memberitahu, kunjungan hormat itu bagi membincangkan mengenai polisi tanah dan urbanisasi rakyat di negeri berkenaan.

“Delegasi ini akan bertemu TKM 1, akan ziarah YDP MAINPP (Datuk Mohd. Salleh Man) serta Mufti Negeri (Sohibus Samahah Datuk Seri Hassan Ahmad) dan beberapa kawasan peneroka bandar yang sedang menghadapi kes pengusiran oleh tuan tanah serta pemaju,” ujar sumber menerusi telefon malam tadi.

Justeru, sumber Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang menjemput semua wartawan untuk membuat liputan langsung lawatan kerja dua hari ini.

Info lanjut, hubungi Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim 0164433205 atau Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah Selesa (RAGAS) Zolkifly Md. Lazim 0124810074.

Berikut adalah program tentatif:


Hari Pertama | 27 Mac 2014 | Khamis

10.00 pagi       Lawatan kerja ke Pejabat  TKM1 - 15 wakil sahaja
12.00 t/hari      Jamuan tengah hari dan solat zohor di Komtar.
2.00 petang     Lawatan ke Pejabat YDP MAINPP bersama Dato Mufti (15 wakil sahaja)
4.00 petang     Balik ke Penginapan / Rehat

* Program Dalaman seterusnya selepas solat isyak di tempat penginapan
9.00 malam     Bacaan doa/Tahlil
9.30 malam     Ucapan oleh Tuan Mazlan Aliman serta makan malam / aktiviti  dalaman lajnah

Hari kedua | 28 Mac 2014 | Jumaat
8.30 pagi        Majlis interaksi dan sarapan bersama penduduk Kg. Perda Teluk Bahang di Dewan JKKK teluk Bahang.
10.00 pagi      Lawatan ke Kg. Chetty dan Kg. Mutiara dekat Batu Feringghi (dekat Dewan JKKK Batu Feringgi)
12.00 t/hari      Jamuan tengah hari di rumah Pengerusi JKKK Bt Feringgi, Haji Jamaluddin
1.30 petang     Solat jumaat di masjid Bt. Feringghi
2.45 petang     Bertolak ke Kg. Selut dekat Sg Pinang & sesi Dialog dengan AJK Qaryah Masjid Sg. Pinang
4.45 petang     Lawatan ke Kg. Pokok Assam dekat Jelutong.
6.00 petang     Sidang Media di Masjid Jelutong berkaitan keseluruhan hasil lawatan Lajnah Tanah Pas Pusat Ke Pulau Pinang.
6.30 petang     Bertolak ke bayan lepas, Solat Magrib dan rehat
8.00 malam     Taklimat dari  MTD Bayan Lepas
9.30 malam     Ceramah Dataran Teluk Kumbar
Penceramah: Datuk Mohd. Rashid Hasnon (TKM1), Datuk Dr. mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Pulau Pinang), Iszuree Ibrahim (Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pulau Pinang), Ust Mohd. Fauzi Yusof (Ketua Dewan Ulama Pas Pulau Pinang merangkap YDP Kawasan Balik Pulau Pulau) dan Ir. Arisfahmi Abdul Rahman (Exco Pemuda Pas Kelantan merangkap Menantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat).

* Check out 11.00 pagi Sabtu 29 Mac 2014.



No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus