07 March 2014

Harap naik ke Liga Super sebab FAP tanpa orang politik - Guan Eng

KETUA Menteri (berbaju putih) turut menimang bola takraw, sambil diperhati oleh Ahmad Farid Md. Arshad (dua dari kanan) dan peserta-peserta lain di sini baru-baru ini. | Foto: Ahmad Adil Mohamad.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUTTERWORTH - Formula tidak melantik ‘orang politik’ menguruskan persatuan sukan diharap dapat membawa Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) ke Liga Super pada musim depan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa merasmikan Kenduri Sepak Raga Tuju Ke-3 Peringkat Parlimen Bagan, yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Baru Seri Bagan di sini.

“Kejuaraan kita (FAP) dalam Liga FAM antara kerana formula kita membebaskan persatuan sukan daripada orang-orang politik.

“Biarlah orang yang benar-benar pakar dan layak dalam arena sukan memimpin persatuan sukan.

“Kita yakin, kalau tidak menjuarai Liqa Perdana pada musim ini pun, kita harap boleh masuk Liga Super pada musim akan datang,” jelas Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di sini baru-baru ini.

Ucapan Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon dibaca oleh bekas Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ahmad Farid Md. Arshad.

Hadir sama, Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Puyu, Phee Boon Poh dan Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti merangkap ADUN Bagan Jermal) serta A. Thanasegaran (ADUN Bagan Dalam).

Dalam perkembangan sama, Guan Eng merakamkan penghargaan atas penganjuran program tahunan tersebut, sejak tahun 2011.

“Sepak Raga Bulatan atau Sepak Raga Tuju sudah wujud di negara ini sejak 600 tahun dahulu, maka, tentulah ia mempunyai nilai tradisi tersendiri, yang boleh menarik pelancong ke negeri ini bersempena Tahun Melawat Malaysia,” ujar beliau.

FAP pada musim lepas dengan slogan ‘Haria Penang Haria’ telahpun menjuarai Liga FAM, sekaligus, melayakan skuad Harimau Kumbang itu beraksi dalam Liga Perdana.

FAP mensasarkan kedudukan empat teratas dalam Liga Perdana pada musim ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus