Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap penganjuran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2014 pada 14 dan 14 September depan dapat mempromosi lagi Pulau Pinang ini sebagai negeri hijau
Menurut beliau, karnival kali ini adalah lanjutan pada Ekspo Hijau yang diadakan saban tahun, sejak 2013.
"Kita berharap dapat mewujudkan momentum dalam membentuk dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau," ujar beliau pada majlis pelancaran karnival itu dekat Komtar, di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Teh Lai Heng (Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar), Soon Lip Chee (ADUN Jawi), Ir. Ang Aing Thye (Setiausaha Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) dan Thing Siew Shuen (Pengurus Besar Penang Green Council, PGC) turut hadir pada majlis itu.
Difahamkan, karnival yang membawa masej 'Atasi Perubahan Iklim, Bertindak Sekarang!' itu dianjur secara bersama oleh PGC dan Penang Save Earth Association (Penang SEA).
Bertempat di Padang Kota Lama, George Town, karnival selama dua hari itu turut menerima penyertaan langsung daripada MPPP, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Perbadanan Bekalan Air (PBA), Indeks Bangunan Hijau (GBI), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Persatuan Alam Sekitar Malaysia dan Sekolaj Menengah Han Chiang.
Turut terlibat, ESCAPE, JCI Entrepreneur Metropolitan,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Emas, JKKK Tanjung Bunga, Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Perkampungan Jawi.
Dialog awam, pameran mini, 'The Children's Corner ESCAPE' antara program menarik pada karnival kali ini.
"Karnival Hijau tidak hanya akan menjadi satu acara untuk para peniaga dan pakar, tetapi, juga satu acara awam yang inklusif untuk sesiapa yang berminat tinggi dalam trend dan pengetahuan hijau," jelas beliau.
Guan Eng menjangkakan, karnival kali ini akan menerima lebih 30,000 pengunjung.
Info lanjut, layari www.pgigc.com.my atau facebook: Penang International Green Carnival atau hubungi talian 04-2503321.
No comments:
Post a Comment