25 March 2014

Guan Eng terima kunjungan hormat MB Perlis sempena SUKMA 2014

LIM Guan Eng (tiga dari kiri) meramahi Menteri Besar Perlis, Azlan Man (dua dari kiri) pagi tadi, sambil diperhati oleh Mohd. Rashid Hasnon dan dif kehormat lain di Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 28, Komtar, George Town.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pagi tadi menerima kunjungan rakan sejawat dari Perlis di pejabatnya di sini.

Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata, kunjungan hormat itu antara lain sebagai mempromosi Sukan Malaysia Ke-17 (SUKMA) selama 12 hari bermula pada 24 Mei depan di negeri berkenaan nanti.

"Perasmian pembukaan pada 26 Mei akan dirasmikan oleh D.Y.M.M. Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail), manakala, Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) akan hadir untuk perasmian penutup.

"Dengan jemputan rasmi kepada Ketua Menteri (Guan Eng) pada hari ini, kita (Kerajaan Negeri Perlis) berharap lebih ramai orang Pulau Pinang sendiri berkunjung ke Perlis nanti...bukan sahaja untuk menyertai SUKMA, tetapi, juga untuk melancong ke Perlis," ujar Azlan pada majlis ringkas tersebut.


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) turut menyertai pada majlis itu.

Manakala, delegasi Kerajaan Negeri Perlis pula disertai oleh Exco Belia & Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Abdul Jamil Saad, Romli Dai (Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis) dan Asmaiza Ahmad (Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping).

Guan Eng dalam kenyataannya melahirkan penghargaan kepada delegasi Kerajaan Negeri Perlis atas jemputan rasmi ke SUKMA Kali Ke-17 2014 itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng turut menyambut baik hasrat rakan sejawatnya untuk kedua-dua pihak untuk mengadakan kerjasama strategik untuk sektor pelancongan dan sukan di negeri masing-masing.

Difahamkan, 19 sukan wajib dipertandingkan pada SUKMA kali ini, iaitu, akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, bola sepak, boling padang, gimrama, hoki, karate, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, perahu layar, sepak takraw, skuasy, tenpin boling, teakwando dan wushu.

Itu, tidak termasuk lima sukan pilihan, iaitu, golf, kanu, petanque, tenis dan tinju.

"Tomoi sebenarnya adalah antara sukan tradisional yang cukup popular di Utara (Semenanjung Malaysia) seperti di Perlis, juga di Pulau Pinang.

"Mungkin, ia perlu dikaji (sebagai sukan pilihan) dalam SUKMA kerana sukan ini mempunyai ramai peminat tersendiri di negara ini, bagus untuk sukan pelancongan," seloroh Guan Eng.    

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus