Skip to main content

Gambar majlis pengkebumian adik ipar Anwar Ibrahim

ADiK ipar Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim aka isteri kepada Rosli Ibrahim meninggal dunia semalam, selepas mengidapi sakit barah hampir enam tahun.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheruk Tok Kun, dekat kampung halaman Anwar sendiri.

Ibadah solat hajat secara berjamaah serta majlis munajat kepada Allah supaya diselamatkan Anwar daripada konspirasi Fitnah Liwat II turut dilangsungkan serentak, sebelum solat jenazah.

Pendiri SAMM, che'Gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk), Din Sharpshooter atau nama sebenarnya Amizudin Ahmad (Koordinator Jingga 13 Pulau Pinang) dan Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang) antara pemimpin yang hadir pada majlis pengkebumian saudara Anwar tersebut.

Semoga ruh adik ipar Anwar itu dicucuri rahmat. Al-Fatihah... 

HAMPIR 100 jemaah menyertai solat jenazah sebagai penghormatan akhir kepada adik ipar Anwar Ibrahim. che'Gubard, antara yang hadir.



ZOLKIFLY Md. Lazim (berbaju hitam) antara pemimpin PAS Pulau Pinang yang menyertai majlis munajat di Masjid Kg. Cheruk Tok Kun supaya Sdr. Anwar Ibrahim (berkopiah hitam) jauh daripada Fitnah Liwat II.

ANWAR Ibrahim meramahi orang tempatan Kampung Cheruk Tok Kun dekat Bukit Mertajam sejurus selesai solat hajat di sini, yang tidak putus-putus melahirkan simpati atas Fitnah Liwat II yang menimpa pemimpin de fecto berkenaan.

SUASANA pada malam tadi, sebelum majlis munajat dan solat hajat di Masjid Kampung Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam.

ANWAR Ibrahim (berbaju Melayu putih bersongkok hitam) dirakamkan menyertai majlis pengkebumian isteri adik iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheruk Tok Kun, malam tadi. Turut serta, AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim.

che'Gubard di liang lahad antara yang mencuri perhatian lensa kamera fotojurnalis, malam tadi.

(Dari kiri) LEE Khai Loon, Zolkifly Md. Lazim, Abg. Nizam 'Ahli Fikir' dan 'DAP Melayu' Khairul Ishak di perkarangan rumah ayah Pak Berahim (ayah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim), pada malam tadi.