29 March 2014

Berani PAS lancar jihad menentang Mahathir sebab gambaran dalang Memali sebenar?

INi bukan gambar syuhada Memali yang dibunuh bersama-sama Asy-Syahid Ibrahim Libya di bawah kekuasaan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagaimana didedah oleh Musa Hitam semalam.

Ini gambar saya, Zainulfaqar Yaacob dan isterinya, Hajjar Hassan. Saya masih hidup bermastautin di Bukit Mertajam. Hajjar 'orang Jawa' peranakan Muar, Johor.

Sampai detik ini, saya tidak dengar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang 'bising-bising' terhadap Mahathir, walaupun Ketuanya Yusni Mat Piah adalah 'Orang Memali'.

Saya diberitahu, PAS sendiri tidak berminat lagi untuk meniup semangat jihad sekarang - di Dewan Rakyat umpamanya - ekoran, pendedahan bersejarah terbaru ini.

Seorang bekas Exco Pemuda PAS Pusat menghubungi tadi dan berkata, PAS mungkin nak 'tunggu dan lihat' pertembungan Mahathir dan Musa.

Jika telahan itu benar, ertinya, jihad bukan lagi isu asasi PAS, walaupun telah banyak jiwa terkorban di Memali.

PAS adalah parti politik, sebab itu samboyan jihad yang jujur pada era arwah Datuk Presiden PAS Tuan Guru Fadhil Noor bukan lagi roh hakiki parti Islam itu, sekarang.

Semoga Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang boleh menyelamat keadaan PAS sekarang daripada permainan politik oleh sesetengah pemimpin parti masa depan itu.

Jihad dalam jalur demokrasi ertinya jihad menumbangkan Mahathir, Umno BN.

Setuju?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
0294241583 | faqar.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus