(Depan, dari kiri) CHOW Kon Yeow, Lim Hock Seng dan A. Rajendran serta pegawai JKR lain semasa meninjau trafik di sini baru-baru ini. |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BATU
MAUNG
- Tiga projek pintasan jalan raya berwajib yang masih dalam proses pemajuan di
sini dikenal pasti sebagai salah satu punca kesesakan trafik di sekitar Bayan
Baru ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam beberapa hari pembukaan
Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP) itu.
CHOW Kon Yeow |
Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan
Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow memberitahu, ketiga-tiga projek di
bawah seliaan Kerajaan Pusat yang dimulakan lewat dari jadual pemajuan dijangka
siap dalam masa tiga tahun.
“Saya lihat keadaan trafik masih
terkawal walaupun pada waktu puncak ke tempat kerja sekarang.
“Dari sini (Batu Maung) ke Queensbay
Mall, dari sini ke simpang Bayan Lepas dan satu lagi dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang ke lebuh raya dekat (Sungai) Ara-Teluk Kumbar masih
dalam pemajuan.
“Tiga projek di bawah JKR (Jabatan Kerja
Raya) Kerajaan Pusat ini dimulakan lewat daripada jangkaan...mungkin lebih dua
tahun lagi untuk menyiapkannya,” ujar Chow Kon Yeow kepada wartawan, selepas
meninjau sendiri aliran trafik lebuh raya di sini baru-baru ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan
Utiliti, Lim Hock Seng dan Ir. A. Rajendran (Timbalan Pengarah Kejuruteraan
bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) turut menyertai tinjauan tersebut.
Kon Yeow berkata, ketiga-tiga projek itu
wajar disiapkan segera demi mengelak kesesakan trafik yang lebih teruk.
“Jika lambat siap, masalah trafik akan
turut menjejaskan tanggapan awam pada kebaikan jambatan baru ini,” jelas
beliau.
Kedua-dua Exco Kerajaan Negeri turut diminta
mengulas tiga perkara berbangkit mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang tersebut.
Perkara pertama, dua lorong kereta
sahaja sekaligus dilihat tidak memenuhi spesifikasi lebuh raya, iaitu
sekurang-kurangnya tiga lorong; walaupun menggunakan dalih ada satu lagi lorong
khas untuk penunggang motosikal.
Perkara kedua, pembinaan jambatan kedua
ini bertentangan dengan logik menaiktaraf Jambatan Pertama Pulau Pinang, iaitu
pelebaran dari dua lorong pada tiga lorong seperti di rentasan utama jambatan
itu demi menampung kesesakan trafik pada waktu puncak.
Ketiga, langsung tiada tempat berhenti
untuk tujuan kecemasan pada jambatan baru ini sebagaimana pada Jambatan Pertama
Pulau Pinang, sekaligus dilihat tidak mesra pengguna.
LIM Hock Seng |
Menjawab soalan wartawan, Hock Seng
berkata, Kerajaan Pusat membina struktur jambatan baru itu mungkin hanya
mengambil kira kondisi aliran trafik sekarang.
“Seperti yang diumum oleh (syarikat
konsesi) JKSB (Jambatan Kedua Sdn. Bhd.) bahawa buat masa sekarang jambatan itu
masih boleh menyuraikan 20 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pertama (Pulau
Pinang).
“Tetapi, pada masa hadapan, jika perlu,
mereka boleh ubah kepada tiga lorong tanpa membuat apa-apa pelebaran lagi,
kerana pembinaan asal adalah tiga lorong, cuma salah satu lorong untuk laluan
khas motosikal.
“Buat masa sekarang, hentian kecemasan
pun ada, tetapi sempit. Memang boleh muat satu kereta (berhenti kecemasan),”
jelas Hock Seng.
Direkodkan, lebih 70,000 kenderaan
merentasi sehala di Jambatan Pertama Pulau Pinang tiap-tiap hari.
Kerajaan Pusat menjangkakan 20 peratus
hingga 25 peratus kesesakan trafik di jambatan pertama itu mampu disuraikan selepas
pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam
Shah dalam tempoh lima tahun ini.
No comments:
Post a Comment