08 March 2014

2,000 sertai Karnival Mini PAS Pmtg. Pasir, Salleh Man minta tunggu isyarat Anwar esok

ANWAR Ibrahim pada satu sidang media di Istana Kehakiman, Putrajaya, selepas ketetapan 'luar biasa, semalam. | Foto: Malaysiakini.
MOHD. Salleh Man meramahi salah seorang penerima sumbangan RM100 warga emas di Maybank Cawangan Sungai Dua, pagi tadi. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - PAS Pulau Pinang sedang menunggu arah kepepimpinan tertingi PAS serta Pakatan Rakyat berhubung ketetapan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim atas Fitnah Liwat II.

Kemungkinan Anwar Ibrahim sendiri akan tampil di pentas ceramah 'Putrajaya Ke Kajang' di Pasar Awam Seberang Jaya Jln Tenggiri jam 9.00 malam esok bagi menggoncang kebangkita rakyat di Parlimen Permatang Pauh.


MOHD. Salleh Man (dua dari kiri) meramahi Jasni Ismail (tiga dari kiri) sambil dilihat oleh Wan Ahmad Rafaie (paling kiri) dan seorang dif lain di pentas utama Karniva Mini KADUN Permatang Pauh di sini, pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS II, Datuk Mohd. Salleh Man memberi respons itu semasa ditemui pada Karnival Mini Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Permatang Pasir di sini, pagi tadi, yang disertai hampir 2,000 komuniti setempat.

"Apa pun keputusan Mahkmah Rayuan, kita menunggu tindakan selanjutnya pemimpin tertinggi PAS serta Pakatan Rakyat.

"Esok, Datuk Seri Anwar akan balik ke sini (Permatang Pauh)," respons Mohd. Salleh kepada wartawan, selepas merasmikan karnival tersebut.

Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Jusni Ismail, Omar Hassan (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ir. Wan Ahmad Rafaie (Ketua Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh), Azizah Ismail (Jurucakap Briged Wanita Kawasan Permatang Pasir) dan Sharuddin Ali (anggota JKKK Permatang Pasir) turut hadir pada majlis keraian itu.

Mohd. Salleh yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinag (MAINPP) turut merakamkan penghargaan kepada JKKK Permatang Pasir dan JKKK Pengkalan Tambang serta Bridged Wanita setempat atas kejayaan menganjurkan karnival mini tersebut di KADUN Permatang Pasir dan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Permatang Pasir, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KEMERIAHAN kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna yang dilangsungkan di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir 150 kanak-kanak menyertai Pertandingan Mewarna kanak-kanak di bawah 12 tahun, anjuran Perbadanan Perpusatakaan Besar Pulau Pinang (PBAPP).

Pelbagai pameran lain daripada Jabatan Kesihatan Daerah, Bank Simpanan Nasional (BSN), POS Malaysia, Telekom Malaysia (TM), BOMBA, Jabatan Keselmatan Jalan Raya (JKSR), Zakat Pulau Pinang (ZPP) serta sembilan Jawatankuasa Komuniti dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sekitar KADUN Permatang Pasir masing-masing turut dibuka di sini.

Paling menarik, adalah demontrasi BOMBA memadamkan api sebagai persiapan mendepani musim kemarau, sekarang.

Sebelum itu, Mohd. Salleh menasihatkan semua pihak supaya meningkatkan gaya hidup sihat di kalangan ahli keluarga dalam mendepani musim kemarau serta wabak denggi, belakangan ini.

“Program seumpama ini sangat penting sekarang, insyaAllah akan diadakan dari masa ke semasa untuk mendekatkan komuniti komuniti setempat dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri.

“Saya merayu kepada semua pihak supaya jaga kesihatan keluarga pada musim kemarau dan wabak denggi berbahaya sekarang ini,” ujar Mohd. Salleh yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Manakala, Omar Hassan pula menyeru orang ramai supaya meningkatkan budaya sisa sifar demi kelestarian alam sebagaimana dituntut dalam al-Quran.

“Walau MPPP baru-baru ini membuka lagi peluang pekerjaan untuk kerja-kerja pembersihan, sekiranya budaya jaga alam ini yang dituntut dalam al-Quran ini tidak ada dalam jiwa kita, kejayaan menjaga kebersihan Seberang Perai ini tidak boleh dicapai sepenuhnya,” jelas Omar Hassan.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Jusni.

Dalam perkemangan lain, Mohd. Salleh dan Wan Ahmad Rafaie melawat penerima sumbangan warga emas RM100 di Maybank Cawangan Sungai Dua.

Perkembangan terbaru ini sekaligus mencerminkan hubungan erat komuniti setempat dengan insiatif agensi-agensi Kerajaan Negeri.

DAPATKAN GAMBAR-GAMBAR MENARIK LAIN DI FB ALBUM BULETIN MUTIARA.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus