02 March 2014

10,000 saksi Jambatan Kedua P.Pinang dibuka, nama sempena Agong

(Barisan depan dari kiri) Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Lim Guan Eng, Mohd Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Jane Abdullah dan Abdullah Ahmad Badawi di khemah utama pada majlis permbukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Batu Maung, malam tadi.   

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BATU MAUNG - Perasmian pembukaan ikon terbaru negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dimahsyurkan sempena nama Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam disaksikan lebih 10,000 rakyat Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas partisipasi tidak langsung hingga projek mega tersebut siap.

"Saya pun bersetuju bahawa adakalanya kita wajar ketepikan (sentimen) parti politik, kita perlu melakukan sesuatu demi rakyat Malaysia.

"Saya ingin mengucakan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberikan kerjasama dalam pelaksanaan projek ini," ujar Mohd. Najib di sini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof turut berucap pada majlis bersejarah itu, bermula sekitar jam 8.30 malam tadi.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas perdana menteri dan isteri, Tun Jane Abdullah, Huang Huikang (Duta China ke Malaysia), Datuk Mukhriz Tun Mahathir (Menteri Besar Kedah), Datuk Mohd. Rashid Hasnon (Timbalan Ketua Menteri I), Sim Tze Tzin (Ahli Parlimen Bayan Baru) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung merangkap Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pendagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)  turut hadir pada majlis itu, 

Hadir sama, Ahli Jemaah Mesyuarat Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri, para wakil rakyat dan duta-duta.

Selai persembahan Boria Pulau Pinang, luncuran bunga api ke udara antara upacara kemuncak menarik pada majlis perasmian tersebut.

Mohd. Najib, Guan Eng serta dif kehormat lain turut dibawa meninjau di atas jambatan itu dengan menaikan bas khas yang disediakan oleh United Engineers Malaysia Berhad (UEM).

Di sepanjang Jambatan itu, khususnya di bahagian rentasan utama bercahaya dek lampu neon sepanjang malam tadi, mula dibuka kepada orang awam bermula jam 12.01 pagi tadi.

Jambatan terpangjang di Asia itu sepanjang 24  kilometer, dengan 17 kilometer merentasi laut dan tujuh kilometer lagi di daratan.

Projek menelan kos RM4.5 bilion itu dimajukan bersama oleh syarikat kontrator China, China Harbour Engineering Co. Ltd. (CHEC) dan syarikat tempatan, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).

Pemajuan bersama projek tersebut kebetulan selesai semasa hubungan diplomatik Malaysia-China genap 40 tahun.

JKSB diberi konsesi mengutip tol selama 45 tahun, serentak dengan kutipan tol di Jambatan Pertama Pulau Pinang selama 30 tahun lagi sungguhpun perjanjian konsesi di jambatan itu patut tamat pada tahun 2018.

Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatan tersebut mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi.  

Sebanyak 28 kiosk bayar tol dibina, dikatakan paling besar di negara ini. Mohd. Najib berkata, selama sebulan laluan percuma di jambatan baru itu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi.

Seperti yang disebut oeh Guan Eng dalam siri-siri majlis rasmi Kerajaan Negeri sebelum ini, Mohd. Najib pun percaya bahawa ikon terbaru Pulau Pinang-Malaysia itu bakal merancak lagi pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya di Daerah Seberang Perai Selatan.


Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.



 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus