18 February 2014

Indeks jenayah P.Pinang turun 23 peratus, KN pasang 80 CCTV lagi

KETUA Menteri (depan, tengah), Patahiyah Ismail (depan, paling kanan) dan Abdul Malik Hanapi (depan, tiga dari kanan) serta pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri lain meneliti operasi fasa kedua di bilik kawalan CCTV di sini baru-baru ini. 

Indeks jenayah P.Pinang turun 23 peratus, KN pasang 80 CCTV lagi    

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Indeks jenayah Pulau Pinang turun 23 peratus dalam tempoh enam minggu tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas walaupun masih belum ada sebarang petunjuk berhubung insiden balingan bahan letupan buatan sendiri di Gereja Jalan Farquhar dan Balai Polis Bukit Tengah, jelas Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Malik Hanapi dipetik dari satu media online.

Bercakap pada majlis sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, pemasangan 80 lagi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sekitar pulau baru-baru ini kerana Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 percaya langkah itu mampu mengurangkan indeks jenayah di negeri ini.

Kira-kira 284 CCTV dipasang di pulau dan Seberang Perai, sebelum ini.

Menurut Guan Eng, 75 CCTV baru disumbang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), manakala, baki lima lagi peralatan keselamatan itu disumbangkan oleh pihak pemaju projek fasa kedua berkenaan, iaitu Datasonic Technologies Sdn. Bhd..

"Kami merancang untuk menambah 32 lagi melalui MPPP dan 30 lagi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun ini.

"Kami berharap ini akan membantu memerangi jenayah polis juga," jelas beliau di sini baru-baru ini.

Yang di-Pertua MPPP, Ar. Patahiyah Ismail turut serta pada majlis peluncuran projek fasa kedua tersebut.

Difahamkan, peralatan fasa kedua projek tersebut lebih canggih, sebanyak 34 buah CCTV tersebut mempunyai fungsi pan, tilt and zoom (PTZ), manakala, 46 lain adalah dalam pemandangan tetap.

Kamera PTZ mempunyai keupayaan zoom 37 kali ganda yang membolehkan nombor plet kenderaan dapat dilihat pada jarak maksima lebih kurang 100 meter dari lokasi kamera pada waktu siang.

"Seiring dengan ini, setiap kamera CCTV dilengkap dengan kemudahan infra-red untuk perolehan gambar yang lebih jelas pada waktu malam," jelas Guan Eng.

Tidak cukup dengan itu, katanya, fasa kedua projek CCTV tersebut turut dilengkapkan dengan horn speaker untuk pengumuman kecemasan, yang diselia dari pusat kawalan CCTV.

Difahamkan, kerja-kerja pemasangan fasa kedua projek tersebut bermula sejak bulan November tahun lepas lagi dan selesai pada Januari tahun ini, dengan kos sebanyak  RM5.8 juta.

Terdahulu, sebanyak 36 CCTV dengan kos RM5.9 juta telahpun dipasang oleh MPPP pada tahun 2008 di pulau, di bawah fasa pertama program pencegahan jenayah negeri.

Manakala, 24 CCTV tambahan dipasang kemudian oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di sekitar pulau pada tahun 2011.

Kesemua CCTV itu dikawal 24 jam di Ibupejabat Polis Kontinjen negeri, manakala, MPPP pula membuat kawalan trafik menerusi sistem sama hanya 12 jam sehari, bermula jam 7.00 pagi.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus