KEPEMIMPINAN Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipertikai oleh veteran Umno Tun Daim Zainuddin, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri itu sedang digoncang dari luar dan dalam parti perkauman berkenaan.
Zainuddin, bekas Menteri Kewangan era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri itu berkata demikian dalam satu taklimat tertutup peringkat Umno Bahagian Merbok di Dewan KISMEC, Sungai Petani.
"Kekalahan adalah kemungkinan sebenar jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dengan dasar sekarang daripada keputusan yang betul, tetapi tidak popular, terutamanya isu-isu berkaitan kos sara hidup meningkat," ujar Daim baru-baru ini, dipetik dari The Malaysian Insider.
Lebih seminggu, Najib menjadi bahan tawa rakyat Malaysia serta media antarabangsa disebabkan kontroversi isu kangkung.
Ekoran itu, cakap-cakap politik dalam Umno sendiri khabarnya mula dingin dengan kewibawaan Najib.
Itu, menurut satu sumber lain, termasuk ketirisan informasi mengenai mesyuarat tertutup sekumpulan tim perubahan dalam Umno di Janda Baik atau Genting, kelmarin yang nekad mahu 'menurunkan' Najib.
"Najib mungkin lepas jawatan PM sebelum 31 Ogos, bergantung pada mood akar umbi (parti) berhimpun di PWTC menjelang 1 Mei depan. #MalaysiaNext," kata sumber sama menerusi WhatsApp, yang kemudiannya diconteng di dinding laman sosial Facebook.
Terdahulu, anak bongsu Mahathir bernama Mukhriz turut menegur Najib, sekaligus dikatakan menggoncang kerusi perdana menteri itu.
Seorang lagi kenalan Mahathir bernama Datuk A. Kadir Jasin lebih awal mencuit peribadi Datin Seri Rosmah Mansor (isteri PM), sekaligus dibayangkan sebagai 'peluru mula' ke kepada Najib?
Mampukah tim perubahan dalam Umno menggulingkan Najib sebelum 31 Ogos depan sebagaimana kejayaan tim Mahathir dulu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepas jawapan sebagai perdana menteri?
No comments:
Post a Comment